latest articles

Road to Jannah; Program Bersama Anak Rohingya di Maa'had Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah for Rohingya Refugee's Children

Assalamulaikum dan Salam sejahtera.

Bercoret lagi setelah sekian lama. Coretan kali ini adalah mengenai program yang aku sertai bersama dengan anak-anak Rohingya pada 5 November 2017. Program ini diberi nama Spread the Love. Program ini dijalankan di Maa'had Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah for Rohingya Refugee's Children di Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Selangor.

Kami berprogram hanya selama
sehari. Pada jam 10.00 pagi, diadakan sesi taklimat mengenai perjalanan program. Kemudian, kami mengadakan sesi ta'aruf bersama anak-anak Rohingya. Alhamdulillah, anak-anak Rohingya di sini fasih berbahasa Melayu dan hebat-hebat kerana rata-rata mereka sudah menghafaz beberapa juzu' al-Quran. Mereka juga memiliki ingatan yang tajam. Dalam tempoh masa yang singkat, mereka mampu mengingati semua nama fasilitator dengan baik.

Kemudian kami membahagikan tugas kepada dua. 1 kumpulan bersama anak-anak Rohingya untuk berprogram, manakala kumpulan yang lain mengemaskini perpustakaan di asrama. Program berjalan dengan lancar dan meriah

Berikut adalah gambar-gambar suasana program daripada awal sehingga majlis perpisahan. Sekian. 

p/s: Jika ada yang ingin menyalurkan bantuan, bolehlah menghubungi:
- Ustaz Haji Mohd Zainal (Pengerusi Maa'had Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah for Rohingya Refugee's Children) ; 017-338 3884/ 012-231 9884
- Ustaz Sayed Mohammad (Mudir) ; 014-629 2818/ 011-2883 4871
- Muhd Khairuddin Akmal bin Ahmad Kamal (Setiausaha) ; 019-600 2304/ 011-1506 2546

atau boleh juga disalurkan sumbangan ke:
Nama akaun: Maahad Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah
Nombor Akaun: 1415 3010 0472 64
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

 




 






















Read more

Kerja dan Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama sangat rasanya tinggalkan dunia blogger ni. huhu. Alhamdulillah, aku sudahpun konvo ijazah pada tahun lepas (2016). Sekarang ni aku sedang menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan, UKM. Sebab utama aku sambung belajar ialah bosan duduk di rumah dan menanam anggur. Alang-alang tu baik sambung belajar. Dapat juga isi masa lapang. Tapi sekarang ni aku dah berada pada sem kedua. Nampak sangat dah lama tak post kat sini.  Sambil-sambil aku belajar ni, aku ada juga buat kerja sambilan, saja cari pengalaman kan. 

       Antara kerja yang aku buat ialah aku menjual buku di kedai buku Quran Station. Selain itu, jual topup prepaid dan postpaid(kalau nak bayar bil api, air, astro, TM, unifi dan lain-lain pon boleh, kalau korang nak meniaga topup pon boleh, aku tolong daftarkan). Selain itu, aku ada juga tolong-tolong mak aku jual kacang salut) (boleh bukak link PAGE FB kalau berminat). Selain tu, aku jugak ada meniaga jual minyak wangi REX PERFUME. Fuh bau dia nyaman. Alhamdulillah, ketiga-tiga perniagaan ni berjalan dengan lancar dan ramai yang berminat(kalau korang berminat pon boleh la roger2 kat FB tu). 

       Itu sahaja la untuk post kali ni. Salam rindu-rinduan, Assalamualaikum.

 kacang salut


 minyak wangi (bomb shell, gucci, vanilla, fantasy, avril lavigne, dan honey dew)


iklan topup (bil pon boleh)
Read more

Citra Khat 2, UKM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saja nak bercoret kali ini. Pada 16 Mei 2015, bersamaan hari Sabtu, saya telah menyertai sebuah program yang diberi nama Malam Citra Seni yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM. Program ini merupakan permakahan akhir bagi semua subjek di bawah Pusat Kebudayaan Citra seperti subjek Seni Khat, Seni Silat, Seni Nasyid, Seni Tari, Seni Lukis, Seni Muzik, Seni Penulisan Skrip, Seni Arca, Seni Fotografi dan sebagainya. 

     Seni Khat merupakan subjek yang saya ambil pada semester ini. Disebabkan itu, saya menyertai pameran Khat pada Malam Citra Seni. Berikut merupakan sedikit gambar di bahagian pameran. Tiada gambar berkaitan dengan pementasan. (Kalau nak tengok jugak, cari kat insta hashtag).






















Sekian, itu sahaja untuk kali ini.
Read more

Tugasan Assignment Dokumentari 2- At-Ta'awun

Assalamualaikum..

     Alhamdulillah, sekian lama tidak bercoret, hari ini saya bercoret lagi. Kali ini sekadar ingin berkongsi hasil video yang telah saya dan rakan-rakan saya usahakan.
Video ini merupakan satu lagi assignment saya dan ahli kumpulan saya bagi matapelajaran Pemikiran Islam Semasa yang merupakan salah sebuah subjek di Fakulti Pengajian Islam UKM.

Sekian, selamat menonton...

p/s: ucapan terima kasih kepada yang terlibat. dan jangan lupa full screen kalau x puas dengan saiz video dan boleh kuatkan sound, baru best dengar.. :D


Read more

Kelas Khat UKM

Assalamulaikum. 

     Alhamdulillah, sepanjang berada di UKM, pada tahun 2014 baru dapat merasa belajar khat secara formal walaupun agak laju. Tetapi masih memberi kesan terhadap kemahiran saya. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Tapi bukan semua yang saya tulis. Saya hanya membantu sedikit di samping menumpukan perhatian terhadap proses penulisannya.Guru yang mengajar saya dan kawan-kawan tulisan khat ini ialah Ustaz Asrak. Moga Allah memudahkan urusan beliau.Amin..









Read more