Ziarah Rinching, Gebok dan Saudara Datang Rumah

Assalamualaikum. 

Hari ini Ahad 271220, aku, ayah dan ummi pergi ke Rinching untuk berjumpa dengan keluarga Pak Itam. Tujuan kami ke sana ialah kerana sekian lama sudah menziarahi mereka, dan dalam masa yang sama ingin menyerahkan duit sewa sawah bagi bahagian Pak Itam.      


          Gembira berjumpa dengan mereka, tetapi aku masih dengan style aku, tak pandai bersosial, hanya tunggu ditanya, baru aku berbicara. Pada hari ini, aku menyaksikan kesedihan Mak Itam kerana beliau tidak sihat, tangan kanan beliau bengkak kesan daripada buang sebelah payudara disebabkan penyakit kanser. Aku tak tahu bagaimana mahu respon situasi tersebut. Aku hanya berdoa agar Allah memberi kesembuhan, keceriaan kepada beliau seperti sebelum ini. Aku kenal beliau semenjak kecil sebagai seorang sangat mudah ketawa. Dalam kesedihan tersebut, beliau masih lagi menjamu kami. Moga beliau terus tabah. Kita tak tahu bila masa kita akan tiba.

          Pengajaran yang aku dapat pada ziarah pertama ialah sentiasa amanah dalam menyampaikan hak orang lain, dan sentiasa perihatin kepada ibu bapa kerana suatu hari mereka pergi, dan kita tak sempat nak berjasa pada mereka, ditakuti terkilan dan kecewa berpanjangan.

          Kemudian, setelah menziarahi Pak Itam di Rinching, kami bertolak Kg Gebok, untuk menziarahi keluarga ayah pula, juga telah lama kami tak berjumpa. Kami makan lagi, hidangan sudah tersedia. Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Kemudian, kami berbincang ke mana mahu bercuti lagi. Ini kerana kami rajin keluar bercuti setiap hujung tahun. Keputusan belum dibuat lagi, kerana plan last minute biasanya kawasan percutian dah penuh dengan tempahan.

          Kemudian kami pulang ke rumah dan masing2 berehat. Pada belah petangnya, abang aku Tameem datang dengan kak ipar aku serta anak perempuan sulung mereka. Sejujurnya, aku memang tak suka bayi dan budak, tetapi anak merekalah yang pertama aku kerap dukung walaupun masih terlalu kekok. Kerap juga abang aku akan singgah ke rumah aku untuk bawa anak dia jumpa mak ayah aku. Aku, seperti biasa, akan menyediakan hidangan kerana aku "anak dara" kat rumah ni. :D


          Kemudian, sepupu aku datang dengan family dia iaitu Kak Noni dan Abang Yus bersama dengan Abang Fikri, sepupu aku yang OKU. Kemudian mereka pulang, datang pula sepupu aku yang lain, dari keluarga yang sama iaitu Kak Aida dan Abang Hermi serta anak-anak mereka. Tapi mereka singgah sekejap sahaja sebab hendak pulang ke rumah di Shah Alam. Kemudian Abang aku dan keluarganya juga turut pulang kerana maghrib dah nak masuk. Tak elok bawa anak berjalan keluar masa dekat senja.

Itu sahaja coretan hari ini. Sekian.

 

Zahid Hymni.


0 comments: