Stock Take Werehouse Hujung Tahun 1

 Assalamualaikum.

Pada hari ini, Selasa 291220, aku dan beberapa rakan sekerja telah terpilih untuk sama2 terlibat dalam stock take di werehouse company aku bekerja. Pagi, kami bersarapan nasi lemak ayam goreng, kuih-muih dan air kotak serta taklimat daripada manager werehouse.



Kemudian pada jam 0915, kami bergerak ke werehouse dan menjalankan tugas kami iaitu menyemak kuantiti fizikal material yang ada dalam werehouse, samada sama seperti yang dinyatakan dalam stock card atau tidak. Kami berehat dua kali, iaitu pada jam 1200 sehingga 1400 dan pada jam 1600 sehingga 1630. Kemudian kami menyambung tugas kami sehingga jam 1755 sebelum pulang ke rumah.



Pada malamnya, aku berehat, berlatih tarannum semula, sambung main game dan layan Running Man. Sekian.


Zahid Hymni.

0 comments: