Keturunan Hajah Aminah binti Jabar

Assalamualaikum.


Hari ini 311220, hari Khamis, hari terakhir bagi tahun 2020. Akhirnya tahun 2020 tiba juga pada pengakhirannya. Tahun yang penuh duka dan ujian bagi semua manusia di seluruh dunia. Dengan ujian menghadapi penyakit Kovid 19. Maka pada tepat jam 0000 atau 12.00 am, maka bermulalah hari baru pada Tahun yang baru. 



Pada malam tadi sehingga hari ini, aku mengisi masa lapang aku dengan membuat peta minda salah silah keluarga aku, bermula dari arwah Moyang, Hajah Aminah binti Jabar. Sangat seronok dan bersemangat aku mengumpulkan maklumat salasilah keluarga ini. Aku dapat kenal nama-nama baru, tahu hubungan dengan orang-orang yang aku pernah jumpa, tapi tak sangka ada pertalian darah yang dekat. Dari masa ke semasa aku masih lagi update perubahan dan penambahan nama dalam salasilah keluarga. Ye la, bukan mudah nak kumpul keluarga yang besar, ada yang dah jauh dari perhubungan, ada keluarga yang terlalu ramai ahli, dan ada keluarga yang dah sampai ke piut (anak kepada cicit). Moga usaha ini membantu saudara mara saling berkenalan antara satu sama lain dan tahu siapa asal usul mereka. Amin. Sekian.

Link Ke Page Salasilah

Zahid Hymni.

0 comments: