Hujung Minggu Pertama 2021

 Assalamualaikum.

 

Hari ini Ahad 030121. Maksudnya aku terlepas hari Sabtu 020121 untuk buat post. Aktiviti aku pada Sabtu, paginya aku menyapu halaman rumah. Kemudian tengah hari, aku bawa ayah aku ke klinik Dr. Thomas di Mantin, kerana ada angin di bahagian ulu hati dia. Dia rasa tak selesa. Aku baru je nak teman ayah aku di klinik, dah kena halau keluar sebab taknak ada ramai orang dalam klinik disebabkan kerisauan terhadap Kovid 19. 

Petangnya pula, adik aku ziarah ke rumah ni dan berborak la berkaitan kerja, ayah aku nak kawin, pasal lukisan dia, pasal masalah kereta dia dan lain-lain. Kemudian pada malamnya, aku menonton Running Man, dan sambung kemaskini salasilah keluarga.

Kemudian pada pagi Ahad 030121, aku mulakan pagi aku dengan kemaskini salasilah keluarga. Kemudian sarapan pagi dan menyidai kain di ampaian bawah rumah disebabkan hujan turun semenjak malam tadi lagi sehingga pagi ni.

 

Pada Tengah hari, sepupu aku Farhan datang ziarah, dia lepak di rumah aku dari pukul 2 petang sampai 8 malam. Memang lama kami membawang. Kemudian pada pukul 2 lebih, sepupu ummi belah atuk Fardi, anak Pak Ngah Latiff datang ziarah. Aku di dapur menyediakan hidangan. Tak lama selepas itu, abang aku nombor dua, datang bawa anak dan isteri seperti biasa (rutin mingguan).





Pada malamnya, aku menulis blog ini, mencari gambar2 keluarga nenek Munijah dan atuk Pardi untuk dihimpunkan. Kemudian aku menonton Running Man. Sekian.

 

Zahid Hymni.

0 comments: