Hari Pertama 2021

 Assalamualaikum.

 

Hari ini, Jumaat 010121, merupakan hari pertama pada tahun 2021. Pada waktu pagi, aku berehat kerana pelan asal hari ini sepatutnya aku menyapu laman rumah, tetapi hujan turun pula. Setelah puas berehat, aku sambung menyusun salasilah keluarga aku (belah ummi) sehingga siap. Puas hati aku setelah salasilah keluarga kami siap. Kemudian aku menonton Running Man. Sebelum tengah hari, aku membantu ummi memasak lauk untuk makan pada hari ini.

 

Pada belah petang pula, aku dikejutkan dengan berita bahawa ayah kandungku ingin bernikah lagi. Perkara ini sudah tentu membuatkan ummi aku dan ayah angkat aku terkejut. Tetapi ini kehendak beliau, tiada siapa yang nak menghalang. Ayah kandung meminta aku tolong isikan borang online penikahannya. Aku masih membujang lagi. Haha.

 



Kemudian pada belah malamnya, aku dan keluarga aku ke Gebok, kampung ayah angkatku, kerana ada makan-makan dan sambut hari jadi ibu saudaraku yang bongsu. Hari kelahirannya jatuh pada tarikh yang cantik ini. Sambil kami menjamu selera, kami beraktiviti dengan aktiviti masing-masing. Sekian. Nak tulis panjang tapi dah mengantuk. 

 

Zahid Hymni.

0 comments: