Mesyuarat Keluarga Berkaitan Lot Tanah Sawah 2127

Assalamualaikum. 

Pada Sabtu 261220, rumah aku telah mengadakan mesuarat keluarga bagi membincangkan berkaitan tanah sawah keluarga kami. Lot tanah sawah ini ialah 2127, mempunyai 5 penama iaitu keluarga Adam, Laham, Nazim, Mustamim, dan Munijah.

          Dari 2007 sehingga hari ini, jumlah duit sawah yang terkumpul ialah sebanyak RM11200. RM1200 daripada jumlah tersebut telah digunakan bagi mengukur plan tanah. Baki iaitu RM10000 diagihkan pada mesyuarat ini. 

          Antara perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat hari ini ialah undian bagi menentukan lokasi plot penama waris masing2. Selain itu, terdapat ralat pada plan ukur plot tanah yang baru dan perlu dibetulkan semula.

          Kemudian majlis berakhir dengan jamuan dan bersurai. Pada mesyuarat hari ini, aku terima pengalaman yang baru tentang perihal tanah, sedikit sebanyak faham cara perbincangan bagi tanah2 penama lama, di samping berjumpa dan berkenalan dengan keluarga yang agak jauh dan kurang kenal. Mempunyai harta walaupun sedikit, tapi pada masa akan datang, sangat sukar apabila keturunan kita tidak sepakat untuk melantik pewaris baru. Tentukan pada masa hidup lebik baik sebelum kita meninggal dunia.

          Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan harta keluarga aku dan sesiapa yang membaca posting ini, dan selamatkan keluarga kita dari perbalahan sesama ahli keluarga. Sekian.

 

Zahid Hymni.

 

Berikut adalah ringkasan minit mesyuarat.

 

SABTU 261220

PERJUMPAAN BERKAITAN TANAH SAWAH LOT 2127

-Mesyuarat atau perbincangan dimulakan dengan Tahlil Arwah dan bacaan doa. 



-Setiap wakil penama hadir kecuali keluarga Mustamim

-Penerangan berkaitan lokasi tanah sawah, plot plan (perlu kepada pembetulan plot pada plan tanah)

 

-Undian kedudukan setiap plot tanah bagi Lot 2127.

PLOT A: Mustamin

PLOT B: Adam

PLOT C: Munijah

PLOT D: Laham

PLOT E: Nazim 

 

-Pengagihan duit sawah kepada waris penama:

                -Munijah : RM2000

                

                -Adam : RM2000

                

            -Nazim: RM2000

    

                -Laham : RM2000

               

                -Mustamim: RM2000 (tiada wakil yang hadir)

-Majlis diakhiri dengan jamuan dan bersurai.

 

Lain2 Gambar

Read more

Mula Blogging Semula!!


Asssalamualaikum, apa khabar dan hai, nama aku Muhammad Zahid. Aku biasa meletakkan nama Zahid Hymni atau Hymni Zahid di media sosial. Perkataan Hymni aku gunakan sempena nama blog asal aku iaitu "Hamba Yang Mencari Nur Ilahi", inspirasi daripada syair Imam Syafie r.a. Maksud ringkasnya ialah mencari atau menambah ilmu. Ilmu yang disifatkan sebagai Nur / Cahaya. 


          Sepertimana yang aku sebut, sebelum ini aku pernah menulis blog semenjak dari zaman belajar di Maahad Ahmadi lagi sehingga ke zaman belajar UKM, tapi aku berhenti menulis kerana sudah tidak ramai lagi bermain dengan dunia blog yang merupakan sesuatu yang trend pada ketika dahulu.


          Tapi pada hari ini, 251220, aku mula menulis semula blog yang telah lama aku tinggalkan, mungkin kerana terlalu bosan, di mana tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang di seluruh dunia. Ini kerana, pada tahun ini, semua orang berhadapan dengan suatu penyakit yang merebak dengan pesatnya ke serata tempat iaitu Kovid 19.

     Ramai orang yang kehilangan pekerjaan, sumber pendapatan disebabkan hal ini. Aku masih lagi bernasib baik, masih lagi bekerja di sebuah kilang membuat ubat di Nilai, walaupun gaji tidaklah sesuai dengan tahap pendidikan aku, tetapi aku masih lagi bergaji jika ingin dibandingkan dengan orang lain. Biar tidak banyak, asalkan  masih ada lagi sumber pendapatan.

          Aku tak tahu apa rezeki aku yang akan datang, tetapi aku berharap aku masih lagi diberikan rezeki yang berterusan untuk kelangsungan hidup yang semakin mencabar. Semakin meningkat usia, semakin banyak pancaroba yang perlu ditempuhi. 


          Aku memulakan semula penulisan blog ini juga kerana untuk membiasakan semula kemahiran menaip yang telah lama tidak dibiasakan. Hal ini disebabkan di tempat kerja, aku merekod maklumat dengan tulisan tangan. Selain itu, aku masih lagi rindu dengan dunia menaip. Zaman sekarang, orang terlalu fokus pada penulisan menggunakan telefon pintar. Tambahan pula, dengan menaiplah aku boleh meluahkan apa yang ada di dalam hati. Ini disebabkan aku tidak pandai berbicara dengan orang secara berhemah. 


          Aku lebih suka membawang berkaitan peribadi orang lain sedangkan masalah aku sendiri tidak hilang dan selesai. Jadi aku bercadang untuk memulakan  semula dunia penulisan blog ini. Semoga ia menjadi diari yang seronok untuk aku lihat semula pada masa akan datang.


          Ok, itu sahaja coretan pertama untuk blog baru ini. Aku akan update dari masa ke semasa penulisan aku, dan menangkap semula ilmu penulisan blog yang telah lama tinggal. Sekian.

Zahid Hymni.

 


Read more

Road to Jannah; Program Bersama Anak Rohingya di Maa'had Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah for Rohingya Refugee's Children

Assalamulaikum dan Salam sejahtera.

Bercoret lagi setelah sekian lama. Coretan kali ini adalah mengenai program yang aku sertai bersama dengan anak-anak Rohingya pada 5 November 2017. Program ini diberi nama Spread the Love. Program ini dijalankan di Maa'had Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah for Rohingya Refugee's Children di Masjid Jamek Batu 12 Puchong, Selangor.

Kami berprogram hanya selama
sehari. Pada jam 10.00 pagi, diadakan sesi taklimat mengenai perjalanan program. Kemudian, kami mengadakan sesi ta'aruf bersama anak-anak Rohingya. Alhamdulillah, anak-anak Rohingya di sini fasih berbahasa Melayu dan hebat-hebat kerana rata-rata mereka sudah menghafaz beberapa juzu' al-Quran. Mereka juga memiliki ingatan yang tajam. Dalam tempoh masa yang singkat, mereka mampu mengingati semua nama fasilitator dengan baik.

Kemudian kami membahagikan tugas kepada dua. 1 kumpulan bersama anak-anak Rohingya untuk berprogram, manakala kumpulan yang lain mengemaskini perpustakaan di asrama. Program berjalan dengan lancar dan meriah

Berikut adalah gambar-gambar suasana program daripada awal sehingga majlis perpisahan. Sekian. 

p/s: Jika ada yang ingin menyalurkan bantuan, bolehlah menghubungi:
- Ustaz Haji Mohd Zainal (Pengerusi Maa'had Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah for Rohingya Refugee's Children) ; 017-338 3884/ 012-231 9884
- Ustaz Sayed Mohammad (Mudir) ; 014-629 2818/ 011-2883 4871
- Muhd Khairuddin Akmal bin Ahmad Kamal (Setiausaha) ; 019-600 2304/ 011-1506 2546

atau boleh juga disalurkan sumbangan ke:
Nama akaun: Maahad Tahfiz al-Quran al-Ikhwaniah
Nombor Akaun: 1415 3010 0472 64
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

 




 






















Read more

Kerja dan Belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama sangat rasanya tinggalkan dunia blogger ni. huhu. Alhamdulillah, aku sudahpun konvo ijazah pada tahun lepas (2016). Sekarang ni aku sedang menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan, UKM. Sebab utama aku sambung belajar ialah bosan duduk di rumah dan menanam anggur. Alang-alang tu baik sambung belajar. Dapat juga isi masa lapang. Tapi sekarang ni aku dah berada pada sem kedua. Nampak sangat dah lama tak post kat sini.  Sambil-sambil aku belajar ni, aku ada juga buat kerja sambilan, saja cari pengalaman kan. 

       Antara kerja yang aku buat ialah aku menjual buku di kedai buku Quran Station. Selain itu, jual topup prepaid dan postpaid(kalau nak bayar bil api, air, astro, TM, unifi dan lain-lain pon boleh, kalau korang nak meniaga topup pon boleh, aku tolong daftarkan). Selain itu, aku ada juga tolong-tolong mak aku jual kacang salut) (boleh bukak link PAGE FB kalau berminat). Selain tu, aku jugak ada meniaga jual minyak wangi REX PERFUME. Fuh bau dia nyaman. Alhamdulillah, ketiga-tiga perniagaan ni berjalan dengan lancar dan ramai yang berminat(kalau korang berminat pon boleh la roger2 kat FB tu). 

       Itu sahaja la untuk post kali ni. Salam rindu-rinduan, Assalamualaikum.

 kacang salut


 minyak wangi (bomb shell, gucci, vanilla, fantasy, avril lavigne, dan honey dew)


iklan topup (bil pon boleh)
Read more

Citra Khat 2, UKM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saja nak bercoret kali ini. Pada 16 Mei 2015, bersamaan hari Sabtu, saya telah menyertai sebuah program yang diberi nama Malam Citra Seni yang bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar), UKM. Program ini merupakan permakahan akhir bagi semua subjek di bawah Pusat Kebudayaan Citra seperti subjek Seni Khat, Seni Silat, Seni Nasyid, Seni Tari, Seni Lukis, Seni Muzik, Seni Penulisan Skrip, Seni Arca, Seni Fotografi dan sebagainya. 

     Seni Khat merupakan subjek yang saya ambil pada semester ini. Disebabkan itu, saya menyertai pameran Khat pada Malam Citra Seni. Berikut merupakan sedikit gambar di bahagian pameran. Tiada gambar berkaitan dengan pementasan. (Kalau nak tengok jugak, cari kat insta hashtag).






















Sekian, itu sahaja untuk kali ini.
Read more