Mula Blogging Semula!!
Asssalamualaikum, apa khabar dan hai, nama aku Muhammad Zahid. Aku biasa meletakkan nama Zahid Hymni atau Hymni Zahid di media sosial. Perkataan Hymni aku gunakan sempena nama blog asal aku iaitu "Hamba Yang Mencari Nur Ilahi", inspirasi daripada syair Imam Syafie r.a. Maksud ringkasnya ialah mencari atau menambah ilmu. Ilmu yang disifatkan sebagai Nur / Cahaya.
Sepertimana yang aku sebut, sebelum ini aku pernah menulis blog semenjak dari zaman belajar di Maahad Ahmadi lagi sehingga ke zaman belajar UKM, tapi aku berhenti menulis kerana sudah tidak ramai lagi bermain dengan dunia blog yang merupakan sesuatu yang trend pada ketika dahulu.
Tapi pada hari ini, 251220, aku mula menulis semula blog yang telah lama aku tinggalkan, mungkin kerana terlalu bosan, di mana tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi semua orang di seluruh dunia. Ini kerana, pada tahun ini, semua orang berhadapan dengan suatu penyakit yang merebak dengan pesatnya ke serata tempat iaitu Kovid 19.
Ramai
orang yang kehilangan pekerjaan, sumber pendapatan disebabkan hal ini. Aku
masih lagi bernasib baik, masih lagi bekerja di sebuah kilang membuat ubat di
Nilai, walaupun gaji tidaklah sesuai dengan tahap pendidikan aku, tetapi aku
masih lagi bergaji jika ingin dibandingkan dengan orang lain. Biar tidak
banyak, asalkan masih ada lagi sumber pendapatan.
Aku tak tahu apa rezeki aku yang
akan datang, tetapi aku berharap aku masih lagi diberikan rezeki yang
berterusan untuk kelangsungan hidup yang semakin mencabar. Semakin meningkat
usia, semakin banyak pancaroba yang perlu ditempuhi.
Aku memulakan semula penulisan
blog ini juga kerana untuk membiasakan semula kemahiran menaip yang telah lama
tidak dibiasakan. Hal ini disebabkan di tempat kerja, aku merekod maklumat
dengan tulisan tangan. Selain itu, aku masih lagi rindu dengan dunia menaip.
Zaman sekarang, orang terlalu fokus pada penulisan menggunakan telefon pintar.
Tambahan pula, dengan menaiplah aku boleh meluahkan apa yang ada di dalam hati.
Ini disebabkan aku tidak pandai berbicara dengan orang secara berhemah.
Aku lebih suka membawang
berkaitan peribadi orang lain sedangkan masalah aku sendiri tidak hilang dan
selesai. Jadi aku bercadang untuk memulakan semula dunia penulisan blog
ini. Semoga ia menjadi diari yang seronok untuk aku lihat semula pada masa akan
datang.
Ok, itu sahaja coretan pertama
untuk blog baru ini. Aku akan update dari masa ke semasa penulisan aku, dan
menangkap semula ilmu penulisan blog yang telah lama tinggal. Sekian.
Zahid Hymni.
0 comments: