Daurah Kitab: Belajar Hadith Cara Muhaddithin
9:13 PM
By
Zahid Hymni
0
comments
Assalamualaikum..
Alhamdulillah diberi peluang bercoret lagi. Pada 19hb April 2014 bersamaan 18hb Jamadil Akhir 1435 Hijrah, saya mengikuti program Daurah Hadith: Belajar Hadith Cara Muhaddithin di Kompleks Tun Abdullah Muhammad Salleh (KTAMS), UKM oleh Maulana Asy-Sheikh Hussein Abdul Kadir Yusufi. Program ini dianjurkan oleh pihak Pusat Islam dengan kerjasama PMFPI.
Maulana Asy-Sheikh Hussein Abdul Kadir Yusufi tiba pada 9.37 a.m. dan majlis bermula. Asy-Syeikh memulakan kuliahnya pada 9.45a.m dengan ucapan pembukaan. Kemudian beliau memulakan pembacaan Kitab Risalah Belajar Cara Muhaddithin. Dan dalam pembacaan kitab tersebut, terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Asy-Sheikh. Antara intipati yang saya catit ialah:
-Al-Quran, Al-Hadith dan Fiqh menjadi panduan amalan sehingga hari kiamat. Al-Quran merupakan sumber ilmu agama sementara Al-Hadith bagaikan tafsiran kepada Al-Quran dan Fiqh adalah intipati yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
-Penyakit besar yang melanda umat Islam ialah apabila ada sesebuah golongan yang suruh ikut Al-Quran dan Al-Hadith tetapi menolak Fiqh, konon-kononnya ulama' Mujtahidin tidak maksum dan tidak menjumpai hadith serta mereka-reka hukum yang baru.
-Bukankah Mujtahidin juga ulama' dan ulama', warisatul Anbiyaa'? Kalau kita nak beramal dengan Al-Quran dan Al-Hadith sahaja boleh dengan syarat kita sudah sampai kepada peringkat Mujtahidin.
-Jika kita tidak mahu pakai pendapat ulama', macam mana kita dapat Al-Quran dan Al-Hadith. Adakah Al-Quran dan Al-Hadith sampai kepada kita terus tanpa bantuan 'alim ulama'?
-Cara penentuan hadith samada Sahih, Hasan, Dha'if dan Maudhu' adalah disebabkan kajian para ulama'.
-Masalah lain juga ialah apabila kita mengambil hadith daripada internet dan beramal dengannya sedangkan boleh berlaku khianat dalam internet. Ini sangat bermasalah, kerana para ulama' sudah menentukan peringkat Al-Hadith.
-Imam Ibnu Al-Jauzi merupakan seorang yang mutasyaddid fil Hadith(sangat keras dalam menentukan tahap sesebuah hadith). Ada Hadith yang Hasan, tetapi Imam mengkategorikannya sebagai Hadith Maudhu'. Ini contoh salah satu khilaf dalam penentuan peringkat Al-Hadith.
-Disebabkan ada khilaf ini, ada pihak-pihak yang mengambil peluang untuk memecahbelahkan dengan mengambil satu pendapat sedangkan ianya khilaf(berbeza pendapat). Setelah itu, disebarnya pula kepada ummat Islam. Ini boleh mendatangkan fitnah. Dan jika kita melakukan sesuatu yang tiada di dalam Nas(sedangkan ianya khilaf), dikatanya kita melakukan perkara bid'ah dan masuk neraka.
-Hadith Bukhari adalah sohih mengikut ijtihad dia dan ummat Islam menerimanya sebagai sohih kerana syarat yang diletakkan oleh Imam Bukhari sangat ketat berbanding Imam-Imam yang lain.
-Imam Daruqutni ada mengambil dalam Sohih Bukhari mengatakan sanadnya putus.
-Kenapa Imam Al-Hadith ada yang berbeza pendapat diterima oleh golongan-golongan(yang menolak hujah Mujtahidin) tetapi apabila ulama' Fiqh berbeza pendapat, mereka tuduh macam-macam.
-Fiqh Al-Bukhari adalah cara Imam Bukhari tarjumatul bab(susunan bab) mengikut ijtihadnya.
-Zaman 300 tahun yang pertama adalah Khairul Qurun dan tidak timbul macam-macam masalah. Tiba-tiba sampai pada 1000+ hijrah timbul pula isu tak boleh pakai hadith itu ini dan sebagainya.
-Ada golongan hanya menerima pendapat Imam Al-Bani yang hidup pada kurun kemudian ini sedangkan Imam yang dulu ditolaknya. Bukankah sebaiknya kita ikut kedua-duanya.
-Jika tidak faham Al-Quran, kita perlu rujuk kepada Mufassirin. Jika kita tidak faham Al-Hadith, kita perlu jumpa Muhaddithin. Dan jika kita tidak paham masalah Fiqh, kita perlu jumpa Mujtahidin. Ijtihad keluar berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadith juga.
-Asy-Syeikh Muhammad Zakaria Al-Kendahlawi mengatakan khilaf mengenai solat sahaja sudah ada 200 riwayat. Orang yang tidak memahami Al-Hadith, hanya ada terjemahan Al-Hadith dan ada bahasa Arab, adakah sudah mampu merungkai 200 riwayat itu? Pandangan Asy-Sheikh Maulana Hussien mengatakan orang yang dah baca Kutub Sittah pun belum tentu mampu untuk merungkai mengenai 200 riwayat tersebut.
-Jadi bagaimana pula ada yang sesuka hati nak menolak sesuatu riwayat sedangkan semua itu ada perbincangan.
-Ketakwaan ulama' dahulu dalam melakukan sesuatu ditolak, tetapi takwa orang sekarang yang merapu diikut.
-Al-Imam Shah WaliUllah Ad-Dahlawi menagatakan ilmu Al-Hadith ada 4 peringkat:
1) Ilmu Riwayatul Hadith sebagai kulit luar ilmu Al-Hadith.
2) Ilmu Gharibul Hadith sebagai kulit dalam ilmu Al-Hadith.
3) Ilmu Dirayatul Hadith sebagai isi ilmu Al-Hadith.
4) Ilmu Asrarul Hadith sebagai mutiara ilmu Al-Hadith.
-Ulama' dahulu Hadith Dha'if pun dimasukkan ke dalam kitab mereka kerana takut tertolak hadith jika mereka tidak memasukkannya kerana ada kemungkinan Hadith Dha'if tersebut disebut oleh Rasulullah S.A.W. Tetapi kita hari ini suka-suka menolaknya.
-Imam Bukhari juga beramal dengan Hadith Dha'if. Buktinya, beliau memasukkan Hadith Dha'if juga di dalam kitabnya Adabul Mufrad.
-Mereka(golongan yang menolak pendapat Mujtahid) mengatakan bahawa Imam Syafie tidak menjumpai dalil dalam berfatwa. Kebanyakan dalil yang digunakan Imam Syafie tidak terdapat dalam kitab Sohih Bukhari, tetapi terdapat di dalam Kitab As-Sunan Al-Kubra Al-Baihaqi. Jadi, memang munasabah sekiranya ijtihad Imam Syafie tidak ada dalam Sohih Bukhari.
-Jangan ambil sanad Hadith sahaja tetapi belajarnya tidak. Kemudian isytihar diri sebagai musnid. Ini memang tidak patut.
-Sekiranya Hadith Dha'if tidak boleh diamalkan, maka Imam Abu Daud tidak akan memasukkan Hadith Dha'if ke dalam kitabnya.
-Ada Hadith yang sampai kepada Imam At-Tirmidzi dho'if tetapi sohih ketika mana Hadith itu sampai kepada Imam Abu Hanifah.
-Salah sekiranya kita hendak menyalahkan Imam Abu Hanifah jika kita berpandukan atau menggunakan kitab Imam At-Tirmidzi.
-Orang alim yang memecah-belahkan ummat Islam ini adalah ulama' Dunia dan ulama' su'.
Pembacaan Kitab tamat pada 12.35p.m dan disusuli dengan soalan daripada pendengar.
Soalan: Bolehkah menjadikan perkataan yang diterima daripada Rasulullah S.A.W di dalam mimpi dijadikan hujah?
Jawapan: Sebahagian Muhaddithin mengatakan tidak diterima Hadith daripada mimpi. Manakala sebahagian yang lain mengatakan menerima Hadith daripada mimpi itu hanya untuk diri sendiri sahaja, tak boleh didedahkan atau dijadikan hujah kepada orang kerana sekiranya dibuka ruang untuk berhujah dengan mimpi tersebut, pasti ramai orang akan mendakwa bermacam-macam perkara daripada Rasulullah.
Soalan: Bolehkah beramal dengan Hadith Dha'if?
Jawapan: Sekiranya Hadith tersebut Dha'if Jiddan atau Munkar, maka tidak boleh beramal dengannya. Jika ada sokongan Hadith lain yang menyebabkan Hadith Dha'if Jiddan naik ke peringkat Dha'if, maka boleh beramal dengannya. Dan sekiranya Hadith yang Dha'if disokong dan menyebabkan naik kepada Hasan li Ghairihi, maka boleh beramal dan berhujah dengannya.
Majlis bersurai pada 12.55p.m.
Sekian, WAllahu A'lam..
p/s: Catitan ini yang saya tulis, banyak lagi yang dibahaskan oleh Maulana Asy-Syeikh Hussein Abdul Kadir Yusufi. Jadi mohon maaf sebarang kekurangan. Jika ada komen, sila tulis di ruangan bawah yang sedia ada. Terima kasih.

0 comments: