Majlis Malam Cinta Rasulullah S.A.W, Masjid 'Ubudiyyah Shah Alam

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat update blog lagi. Post kali ini tentang perjalanan saya ke Shah Alam pula.


Perjalanan saya bermula pada hari Jumaat bersamaan 5 April 2013. Saya memulakan perjalanan dari rumah ke Terminal 1 Seremban. Kemudian saya ke KTM Seremban untuk ke KTM UKM Bangi. Setelah tiba, saya menumpang Ustaz Faiz(salah seorang Ahbab Darul Hasani) ke rumah Darul Hasani.


Kemudian saya dan beliau ke masjid berdekatan bagi menunaikan solat Jumaat.


Pada malamnya, saya bersama Ahbab lain ke Maktabah al-Ihya' kerana ada majlis pelancaran maktabah tersebut. Majlis malam itu dimulai dengan dendangan Qasidah. Kemudian disambung dengan Tanbihat oleh Sheikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani sekaligus beliau merasmikan pembukaan maktabah tersebut.






Pada besoknya(Sabtu, 6 April), Sheikh Rohimuddin, beberapa orang Ahbab dan saya ke Masjid Ubudiyah Shah Alam untuk menghadiri majilis pernikahan salah seorang Ahbab yang dinikahkan oleh Sheikh sendiri. Selesai pernikahan di masjid, kami ke rumah pengantin bagi menikmati hidangan(Kenduri Kahwin).






Pada malamnya, majlis yang diadakan ialah Majlis MALAM CINTA RASULULLAH S.A.W. Majlis dimulakan pada jam 1800 dengan bacaan Burdah al-Bushiri dari Bab Pertama hingga Bab Ke Sepuluh. Kemudian, majlis disambung dengan Solat Mahgrib. Kemudian majlis disambung lagi dengan ceramah oleh Ustaz Muhammad Nasir Bin Othman diselangi dengan bacaan Qasidah pilihan. Kemudian majlis disambung lagi dengan ceramah daripada Sheikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani. Kemudian pada penutupnya dengan dendangan Burdah Bushiri yang terakhir disertai dengan ijazah Burdah Imam al-Bushiri oleh Sheikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani.






Kemudian majlis berakhir dengan Solat Isya' dan bersurai dan kami menjamu selera sebelum pulang ke hotel bersama Sheikh.




Besoknya (hari Ahad, 7 April) Sheikh Rohimuddin an-Nawawi al-Bantani ke Masjid Bahau bagi menyambung program beliau di sana, manakala kami pulang ke destinasi masing. Dan saya, pulang ke rumah. 


Sekian, terima kasih.

0 comments: