Kembaq di MRSM Gemencheh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, pada 23 hingga 25 September 2011 bersamaan hari Jumaat hingga hari Ahad, saya dan 24 orang fasilitator yang lain telah pergi ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh kerana diadakan program Kemahiran Bahasa Al-Quran (KEMBAQ) bersama pelajar tingkatan 2 pelajar di sana.



Pada hari pertama, kami tiba di MRSM, kami ke Surau untuk memulakan dengan sesi taaruf mengenai KEMBAQ dan objektif program ini diadakan. Kemudian para peserta diuji dengan ujian tahap untuk mengenal pasti tahap para peserta dalam penguasaan bahasa Arab. Kemudian program disambung dengan program Riadhah yang bermula selepas Solat Asar.



Pada waktu malam para peserta diajar Kemahiran membuat ayat Mubtada’ Khabar. Mereka diterangkan sebab meletakkan baris dan cara membuat ayat dengan betul. Program dimulakan selepas Maghrib sehingga selepas Prep (lingkungan pukul 10.30 @ sebelum Isya’).




Pada hari kedua, program dimulakan dengan Solat Subuh dan tazkirah daripada Ayahanda Ustaz Zulkarnain bin Itam. Kemudian disambung dengan riadhah. Selepas itu, program disambung dengan penggunaan fi’il dalam ayat.



Selepas Zohor, para peserta diajar menggunaan dua fi’il dalam ayat dengan penambahan harf nasb dalam ayat iaitu ‘li’ dan ‘an’. Para peserta diarahkan untuk menterjemah ayat yang diberikan dalam bahasa Arab berdasarkan kaedah yang ditunjukkan. Kemudian program disambung dengan solat Asar dan riadhah.



Program disambung dengan solat maghrib dan solat hajat untuk pelajar-pelajar peperiksaan tahun ini (PMR & SPM). Program disambung dengan tazkirah Ayahanda Zulkarnain bin Itam mengenai Hubbu ar-Rasul. Kemudian disambung dengan solat Isya’. Program selepas Isya’ banyak menghiburkan seperti nyanyian dan permainan dan semua itu melibatkan penggunaan bahasa Arab.




Pada hari ketiga iaitu hari terakhir, program bermula dengan Solat Subuh dan pengguanaan ‘inna’ dan ‘kana’ dalam ayat. Para peserta dapat menguasainya dengan baik dan sekejap sahaja. Latihan diberikan bagi memantapkan lagi pengguanaan dalam musanna dan jama’.





Kemudian program disambung dengan majlis penutupan dan bergambar serta Solat Zohor. Akhir sekali majlis bersurai. Sekian...

0 comments: