Liqa' Khaleefa (KH)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi nikmat Iman dan Islam. Pada 21 Jun 2011 bersamaan hari Rabu, Ana bersama pelajar Senawi 2 Muslimin (KH @ Khaleefa) telah mengadakan liqa' di beranda Musolla al-Munawwarah Maahad Ahmadi.



Kami mengadakan perjumpaan bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sesama kami sebagai Senior MANS 2011. Selain itu kami juga diberi kebebasan bersuara jika ada sebarang masalah dan apa yang ingin diluahkan setiap seorang daripada kami supaya tidak ada sebarang permusuhan dan ketidakpuashatian.



Selain itu, kami mengadakan Salam Ukhwah untuk membenarkan apa yang kami ucapkan pada permulaannya dan juga untuk merapatkan lagi ukhwah dan kasih sayang antara kami.



Selepas itu, kami bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Seperti biasalah bagi setiap manusia jika berhadapan dengan kamera, macam-macam gelagatlah yang bakal didapati. Haha...



Sekian sahaja coretan Ana pada kali ini. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

0 comments: