Lawatan PWTC...........



Assalamualaikum.
Alhamdulillah, dengan nikmat dan kasih sayang-Nya, kita masih lagi bernafas dan menikmati alam persekitaran yang indah.

Alhamdulillah, pada 26 dan 27 April 2011 bersamaan hari Selasa dan Rabu, Ana dan rakan-rakan telah menyertai rombongan ke Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).



Pada hari Rabu, Ana mengikuti lawatan bersama ajk Pusat Sumber Sekolah. Manakala pada esoknya pula(Rabu), Ana mengikuti rombongan bersama batch Tingkatan 5 (FAR & BC). Dan ini merupakan rombongan yang terpenting di Maahad Ahmadi.



Di PWTC, terdapat pelbagai perkara yang Ana perolehi antaranya, buku-buku keluaran baru, berjumpa dengan insan yang terkenal di negara ini(Artis & Ilmuan), ilmu-ilmu serta kaedah-kaedah baru dan pelbagai lagi.



Pada hari Rabu, ramai daripada kalangan artis Malaysia hadir bagi meraikan Pesta Buku Antarabangsa tahun ini.


Ana dan rakan-rakan bukan ke PWTC sahaja, tetapi juga ke The Mall, Pusat Sains Negara, dan tempat-tempat menarik yang lain.




Itu sahaja coretan Ana pada kali ini. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

0 comments: