Program The Plight of Palestine di MANS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang merupakan sebaik-baik perancang. Pada 24 Jun hingga 25 Jun 2011 bersamaan hari Jumaat dan hari Ahad, Maahad Ahmadi telah mengadakan program The Plight of Palestine "The Relationship between Science and al-Aqsa".

Ana dan beberapa orang yang lain tidak dapat mengikuti proram sepenuhnya kerana mempunyai tugas lain iaitu membuat tulisan khat. Banyak tempahan yang kami dapat dan ramai suka akannya.







Bagi yang mengikuti program, terdapat beberapa kali slot bersama penceramah tentang isu Palestin. Dalam program ini juga terdapat persembahan sains daripada wakil Pusat Sains Negara. Turut diadakan juga pertandingan nasyid antara Maahad Ahmadi, Institut Tahfiz al-Quran dan tiga buah sekolah yang lain.



Majlis penutup pula dirasmikan oleh YB Kamil iaitu ADUN Gemencheh. Kemudian persembahan nasyid daripada Soutul Ahmadi dan kumpulan Devotees. Di luar dewan pula diadakan pelbagai jenis jualan yang datang dari Aman Palestin, Yayasan as-Sofa, ibu bapa pelajar, pelajar Mans dan daripada ahli jawatankuasa The Plight of Palestine iaitu sesi pengambaran al-Aqsa.









Sampai di sini sahaja coretan Ana pada kali ini. Sekian, Assalamualaikum...

0 comments: