Pengalaman di Puchong, Selangor

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah sekian lama saya tidak bercoretan, maka saya akan bercoret supaya orang tahu bahawa blog saya masih lagi aktif walaupun dalam katogori jarang.

Post kali ini tentang pengalaman saya ke Puchong.

Pada permulaan saya, saya ke Maahad Ahmadi Negeri Sembilan(MANS) untuk menziarahi guru-guru dan kawan-kawan saya serta mengambil segala sijil yang boleh saya ambil. Selama seminggu saya berada di MANS. 

Kemudian saya menyambung perjalanan saya ke Jelebu di Pusat Pemantapan Akidah untuk menyertai program Mukhayyam Tarbawi bersama Habib Yusuf al-Hasani. Program berlangsung selama tiga hari.

Sesudah program itu, saya menyambung perjalanan ke Bangi dan menetap sementara di Markas Darul Hasani bagi tujuan recording album Qasidah di Puchong(FlyTone Production).



Jadi pengalaman yang menariknya ialah recording ini kerana ini merupakan recording saya dan rakan-rakan buat pertama kalinya. Di sini baru saya tahu bagaimana yang dirasai oleh sesetengah pihak ketika mengadakan recording album. 

Selaluya ketika berqasidah, kami akan membaca Qasidah beserta percussion dengan serentak. Akan tetapi di sini, memerlukan guide permulaan, kemudian merekod percussion dan seterusnya vokal. Satu Qasidah saja sudah memakan masa yang begitu lama. Apatah lagi lebih dari satu, memang sangat lama.

Hanya itu saja yang saya ingin kongsikan. Dah penat dah nak menaip, haha...

Sekian, terima kasih.