Hari Sukan MANS...!


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, selesai sudah program Hari Sukan peringat MANS. Kami pelajar STAM menjadi urusetia untuk program ini.

Program ini bermula dengan aktiviti sukan daripada pelajar Perempuan. (xnak cerita pnjg).

Kemudian program disambung dengan acara sukan oleh pelajar lelaki. Kami menjalankan tugas sebagai urusetia dengan terbaik sekali dan dengan penuh keadilan sekali. (-_-)

Antara acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru, larian 4x100 meter, larian 4x 200 meter, 2x 400 meter, larian 100 meter, dan larian 200 meter.

Kemudian, acara kemuncaknya ialah pertandingan tarik tali di antara guru kumpulan 1 dengan guru kumpulan 2, dan antara pelajar STAM kumpulan 1 & 2.

Dan acara terakhir sekali ialah penyampaian hadiah… Keputusannya: Rumah Merah no. 1, Hijau no. 2, Kuning no.3, dan Biru no.4

Sekian.

(ceritanya pendek je, gambar yang banyak. dan maaf kalau ada gambar yang tidak diupload)

(=^_^=)

0 comments:

Plants VS Zombies




Assalamualaikum…

Coretan kali ini saja-saja sahaja…

Walaubagaimanapun, saya rasa pelik sedikit kerana ada satu permainan yang sudah lama wujud tetapi semakin diminati ramai di kalangan pelajar sekolah saya…

Ianya ialah Plants VS Zombies..

Saya pun main sekali game ini… (Best pulak, sikit lagi nak dapat piala Emas)..

Itu yang menarik sikit tu..

Ade jugak yang dah habis, iaitu Izzat, Asyraf… Syabas!!!(pahal)

Ok la itu je, try la main… gerenti terpengaruh dan gian nak main… hehe…

Sekian..

(=^_^=)



0 comments:

Kelebihan Belajar!!!




Daripada Abi Darda' r.a berkata:

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya ulama itu pewaris nabi"

Ada juga qoul lain iaitu:

"Sesungguhnya para ulama' tidak mewarisi dinar dan dirham, tetapi mereka mewarisi ilmu".....

-Tirmidzi-

Oleh itu kawan-kawan, banyak-banyakkanlah mencari ilmu dan berterusan...

kajian saintis barat menyatakan, ketika seseorang belajar, otak akan mengeluarkan satu cecair yang sangat diperlukan oleh tubuh badan...

kita lihat, para ulama' tidak ada seorang pun yang nyanyuk kerana cecair ini...

Wallahu A'lam..

-Kitab Fadhail A'mal-

0 comments:

Majlis Maulid Nabi Bersama Habib Yusuf...


Alhamdulillah...

Pada 12 hb Februari 2012, telah diadakan majlis Maulidur Rasul di Masjid Jamek Bahau bersama Habib Yusuf.

Majlis bermula dengan bacaan Qasidah Burdah Busairi oleh kami(pelajar MANS) selepas solat Maghrib.

Kemudian, selepas solat Isya’, majlis disambung dengan ceramah daripada Habib Yusuf.

Jadi saya ingin kongsikan apa yang saya dapat dalam majlis ini(Apa yang sempat saya catat la ye).

- Allah tidak akan turunkan azab kepada suatu kaum melainkan telah diturunkan Rasul kepada kamu.(maksudnya, bila telah diutuskan Rasul, kita tidak mengikutnya, maka Allah akan turunkan azab).

- Allah telah tanya kita suatu masa dahulu, “bukankah Aku tuhan kamu?” Kita semua menjawabYa”. Jadi, persoalannya di sini, adakah kita melakukan perkara yang mengarah kepada jawapan kita dahulu?

- Satu contoh:

kalau kita berjanji dengan kekasih kita, kita merisik, kita bertunang, dan kita berkahwin. Tetapi selepas kita berkahwin, kita kata kepada pasangan kita “Aku tidak mahukan kau!”. Itulah perumpaan untuk kepada Allah. Ianya adalah KHIANAT!!!

- Jadi, Allah utuskan Rasul untuk mengembalikan kita ke arah yang benar.

- Akhlak Nabi seperti al-Quran, bukannya daripada al-Quran. Ini menunjukkan Nabi ini seorang manusia yang tinggi akhlaknya. Tiada lagi hebat.

- Orang zaman sekarang suka:

o Bagi tazkirah kepada orang lain tapi bila diberi tazkirah kepadanya, dia menolaknya.

o Tengok kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri sedikit pun tak dipandangnya.

- Jika kita sayang seseorang, pasti kita akan ikut cakapnya kan? Macam itulah kita dengan Nabi Muhammad!

- Janganlah kita mendengar dan suka kepada Nabi tetapi tidak ikut apa yang dikatakan kerana ini akan menyerupai Abu Lahab. Dia(Abu Lahab) sayang kepada Nabi Muhammad dan mendengar kata2 Nabi kita, tetapi hatinya terhijab untuk mengikut suruhan Baginda.

- Dalam al-Quran, telah dirakamkan oleh Allah akan kata2 Nabi: mafhumnya: “Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah Allah, maka kamu akan dikasihi dan dosa kamu akan diampunkan.

- Jadi kita kena dengar, kita lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang, dan kita jadikan Nabi sebagai Ikutan kita.

- Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidup, maka cara hidup dia itu tidak akan diterima.

- Nur Muhammad sangat hebat kerana telah lama wujud semenjak sebelum Tanah dan Air belum diuli menjadi Nabi Adam a.s.

- Nur Nabi Muhammad juga terpancar pada wajah Abdullah(bapa Nabi) dan seorang wanita teringin mengahwininya untuk mendapatkannya (cahaya itu). Tetapi selepas Abdullah berkahwin dengan Aminah, wanita itu tidak menghiraukannya lagi kerana cahaya itu sudah tidak ada lagi. Ini kerana cahaya sedang dikandung oleh Aminah.

- Malaikat Jibril dan Malaikat Penjaga Gunung-ganang menawarkan diri untuk dihancurkan penduduk Taif dan Makkah selepas melihat Nabi dibaling dengan batu. Tetapi Nabi menghalangnya sebaliknya Nabi berdoa moga-moga akan lahir zuriat mereka yang beriman kepada Allah. Ianya terbukti. Di antaranya Abu Jahal seorang yang menentang Nabi tetapi tidak kepada anaknya Ikramah.

- Semakin kita cintakan Allah, semakin tinggi ujian yang Allah berikan kepada kita(biasanya dugaan).

Wallahu A’lam...

(=^_^=)


0 comments:

Adab Dengan Makanan ???


Insya-Allah kali ini saya akan berkongsi tentang Adab terhadap makanan.

"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya."

-Imam al-Ghazali (Kitab Ihya' 'Ulumuddin)-

Jadi, kalau kita tidak suka akan sesuatu makanan, atau rasa makanan itu tidak menepati cita-rasa kita, janganlah kita mencelanya(makanan itu).

Kita kena jaga adab kita walaupun dengan / terhadap makanan!

Wallahu A’lam.

(jika ada kesilapan silalah tegur ye)

(=^_^=)

0 comments:

Doa Orang Dizalimi.............


Assalamualaikum…

Insya-Allah kali ini kita ambil tahu tentang doa orang dizalimi

Daripada Abdullah bin Abbas r.a, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Takutilah doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada hijab di antaranya dengan Allah S.W.T.."

-Riwayat Bukhori-

Jadi kawan-kawan, janganlah kita menzalimi seseorang itu!

(TERMASUK BULI DI ASRAMA)

dibuatnya dia doa macam2 kat kita,

habislah kita!

yang kena zalim ni bukan orang islam sahaja, malah orang kafir yang dizalimi juga dikira...

ingat tu!

Wallahu A'lam...

(=^_^=)

0 comments:

Dua Jenis Hantu?



Assalamuailakum..

Di dini saya ingin kongsi apa yang saya dapat dalam ceramah Ustaz Azhar Idrus di Senawang tentang 'HANTU'.

Di dalam dunia ini ada dua jenis hantu...

1) syaitan dan jin. mereka sentiasa menghasut dan membisik kepada manusia supaya melakukan amalan kejahatan dan keji. Contohnya seperti:

-mengumpat

-memaki

-biadab

-mencarut

2) duit atau wang. disebabkan duit atau wang, manusia sanggup:

-membunuh

-merompak

-mencabul

-bermusuhan

-membazir

-rasuah

-dan macam2 lg perkara2 yg buruk..

Barangsiapa yang mengejar akhirat, insya-Allah dunia pasti mencarinya...

Oleh itu, didiklah jiwa kita supaya tidak terlalu inginkan harta dunia, kerana mengejar harta dunia sudah pasti kita akan rasa tidak akan cukup...

Wallahu A'lam

-drpd cramah Ustaz Azhar Idrus-

(-"_"-)

0 comments:

Mana Hala Cinta Kita???



Alhamdulillah…

Tiba sudah bulan Rabi’ul Awal di mana di bulan ini lahirnya seorang insan yang merupakan Khairul Barriyyah. Dia ialah Rasulullah S.A.W. (Muhammad bin Abdullah).

Jadi adakah kita menyayangi kekasih kita(kononnya) lebih daripada Rasulullah S.A.W???

Baginda masih ingatkan kita hatta sebelum Baginda wafat. Tapi kita? Apa yang kita lakukan? Adakah kita mengingati Baginda?

1) Kalau kita sayang Nabi, pahala kita dapat. Tapi kalau kita sayang kekasih kita yang bukan mahram itu, dosa yang kita dapat.

2) Kalau kita memuji Nabi, kita melakukan amalan para malaikat. Tapi kalau kita puji kekasih kita, syaitan yang beriya-iya sukakannya.

3) Kita suka kalau kekasih kita hantar mesej kat kita. Tapi kenapa mesej yang diberikan oleh Rasulullah, sedikit pun kita tidak mahu baca. Sedangkan Beliau mengasihi kita lebih daripada isteri2nya dan merindui kita lebih daripada sahabat2nya.

Jadi rugi kalau kita melebihkan kekasih kita daripada Baginda S.A.W.

Oleh itu kawan2, bermula daripada bulan yang mulia ini di mana lahirnya Khairul ‘Ibad ini, marilah sama2 kita melahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W dengan banyakkan selawat ke atas Baginda, mengikut sunnah baginda, mempelajari sirah baginda dan mempelajari peribadi Baginda. Mudah-mudahan. Insya-Allah.

Wallahu A’lam.

0 comments:

Modul Sendiri Dalam Training of Trainer

Alhamdulillah…

Dalam program “Training of Trainer” di Saujana Asahan yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd bin Aspari pada minggu ini, saya dapat mencipta satu Modul sendiri di mana saya dilatih bersama kawan-kawan untuk membentangkannya di hadapan seperti seorang Trainer.

Dalam modul ini, saya menggunakan media massa untuk menunjukkan kepada ‘peserta’ tentang “Kelebihan Solat dari Pandangan Sains”







Jadi, program ini sangat hebat. Sekian sahaja...

0 comments:

Kekalkan Kami!!!


gambar hiasan

Kekalkan KAMI di Universiti Islam Asahan STAM…

Itulah ungkapan yang sering diperkatakan oleh pelajar Universiti Islam Asahan pada era masa kini…

Menurut berita, bangunan Universiti Islam Asahan STAM akan dirobohkan untuk dibina bangunan baru dan para pelajar STAM dikehendaki berpindah ke Kolej Ahmadi untuk meneruskan pembelajaran sementara bangunan dibina nanti..

Walaubagaimanapun, para pelajar di Universiti Islam Asahan STAM menyuarakan kedukacitaan kepada pihak sekolah kerana bangunan yang didiami oleh mereka cukup selesa…

Salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali dengan nama Husnu Dzon berkata: “Kami sangat sukakan Universiti Islam Asahan STAM ini kerana terlalu tenang berada di sini berbanding ketika kami berada di atas (Kolej Ahmadi)…

Lagipun kami ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sijil Tinggi Islam Malaysia ini. Oleh itu, kami berasa sedih jika bangunan ini akan diruntuhkan dan menyebabkan kami berpindah ke Kolej Ahmadi.

Jadi, sebulat suara dari pelajar2 Universiti Islam Asahan STAM bermohon semoga dikekalkan mereka di bawah… jika mahu dibina bangunan baru sekalipun, diharap ianya dilakukan SETAHUN dari sekarang…

sekian…

-Warta MANS-

0 comments: