Bicara Cinta: Anakku Sebutir Permata

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam buat Baginda Muhammad S.A.W, untuk keluarganya dan sahabat-sahabatnya, juga kepada para tabi'in dan atba'ihim ajma'in.

     Pada 15hb April 2014 bersamaan Selasa malam 14hb Jamadil Akhir 1435 hijrah, saya telah mengikuti sebuah program yang sangat memberi kesan kepada diri saya dan rakan-rakan iaitu Bicara Cinta: Anakku Sebutir Permata. Ahli panel yang dijemput ialah ibu bapa kepada Allahyarhamuhu As-Syahid Ahmad Ammar iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman bersama isteri, Puan Nor Azlina Aziz bermoderatorkan Pencetus Ummah Rahmat Ehsan. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina dengan kerjasama PMUKM dan ISIUKM bertempat di Dewan Anwar Mahmud (DAM), UKM, Bangi.




     Program bermula pada 8.35p.m. dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis diikuti dengan bacaan doa agar majlis ini diberkati dan dirahmati. Kemudian program diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Pengarah Program. 






     Pada 8.45p.m, majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada Pencetus Ummah Rahmat Ehsan mengenai Rohingya. Apa yang saya dapat catat daripada ucapan PU Rahmat ialah:

-Umat Islam prihatin tetapi masalahnya keperihatinan mereka bermusim.
-Jadilah muslim yang istiqamah dalam memberi prihatin kepada sesama Islam.
-Ucapan daripada kanak-kanak Rohingya, "kami tak marah jika kami dibunuh atau disembelih, tetapi kami marah dan kesal dengan umat Islam yang berkecuali daripada mengingati dan membantu kami".
-Jiwa muslim lebih berharga daripada dunia dan seisinya (mafhum hadith nabi riwayat At-Tabrani).
-Di manakah sensitiviti kita pada saudara yang lain.
-Para mahasiswa bangga dengan ijazah tetapi mereka lupa mereka bakal jenazah.

     Kemudian PU Rahmat melancarkan tabung sumbangan Rohingya.

- Barangsiapa yang memudahkan urusan saudara kita, moga Allah memudahkan urusan kita.



     
     Kemudian program bicara bersama Abi dan Ummi Allahyarhamuhu Ahmad Ammar bermula pada jam 8.55p.m. Bicara Cinta dimulai dengan ucapan panel pertama iaitu Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman(Abi) :
- Apakah sikap kita pada Rohingya? Kita boleh bina sekolah sebagai bantuan bagi mereka yang ada di sini. Selain itu, kita boleh beri sumbangan kepada mereka bagi meringankan bebanan mereka.



     Selepas itu, majlis disambung dengan ucapan oleh Puan Azlina Aziz (Ummi):


1) Keperibadian Allahyarhamuhu antaranya ialah RENDAH HATI.

-Arwah sangat berendah hati hatta keputusan peperiksaan yang diperolehi hanya diberitahu rendah sahaja, sedangkan beliau pelajar yang mendapat markah tertinggi.
-Arwah mempelajari 10 subjek dan 8 daripadanya adalah subjek sejarah.
-Tak perlu terlalu menekan anak-anak belajar bagi ibu bapa.
-Beliau (arwah) akan menjawab soalan yang ditanya dan seolah-olah menjadi pensyarah semasa di dalam kuliah disebabkan kefahaman dia yang mendalam.
-Masa Ahmad Ammar sangat padat.
-Beliau (arwah) berjaya mengkhatamkan kitab Risalah An-Nur karangan As-Syeikh Badiuzzaman Said Nursi.
-Beliau (arwah) dilantik untuk mengajar Risalah An-Nur kepada pelajar-pelajar baru.
-Dalam perjalanan pertama untuk mengajar, beliau syahid setelah dilanggar sebuah ambulans.
-Beliau (arwah) tak pernah memberitahu bahawa beliau telah mengkatam kitab Risalah An-Nur.

2) MENDENGAR KATA.

-Beliau (arwah) pernah diminta oleh ibunya supaya menukar matawang Malaysia kepada matawang Indonesia kerana dikhuatiri tidak sempat untuk menukarkan wang tersebut di Indonesia bagi mengikuti misi memberi bantuan di sana. Beliau (arwah) menuruti perintah ibunya walaupun tahu risiko yang bakal diterima iaitu kemalangan yang akan mencederakan dirinya disebabkan faktor jalan yang licin. Pada awalnya beliau tidak berkeinginan untuk menukar duit tetapi beliau tetap menuruti permintaan ibunya supaya hati ibu tidak terluka.

-Ibu beliau pernah meminta beliau(arwah) menukar emelnya kerana emelnya ialah 'ammarkiller'. Kemudian beliau terus menukarnya tanpa memberitahu sebab apa nama yang diletak adalah 'killer'. Setelah beliau meninggal dunia, barulah ibunya tahu bahawa 'killer' itu adalah gelaran bagi pelibas takraw yang hebat yang diberi gelaran itu oleh rakan-rakannya.

-Beliau(arwah) mempunyai hasil(duit) daripada bekerja menterjemah lakonan Bahasa Turki dan diberikan semuanya kepada ibunya sedangkan ibu bapanya tak beri duit tambahan untuk perbelanjaannya dan beliau mencadangkan agar ibunya datang ke Turki menggunakan duit tersebut, tetapi ditolak ibunya kerana ibunya ingin menggunakan wang itu untuknya(arwah) pulang ke Malaysia, maka dipatuhinya.

3)PANDAI MENGURUS MASA.

-Masa belajar arwah sangat padat, tetapi masih berkesempatan untuk belajar bermain seruling dan sepak takraw.



     Kemudian soalan diajukan semula kepada Abi mengenai Visi dan Misi dalam membentuk Ahmad Ammar. Antara isi yang diberikan ialah:

-Nasihat Abi kepada Ammar ialah, jadilah insan luar biasa, jangan jadi insan yang biasa-biasa.
-Manusia mesti menjaga Hablun MinAllah dan Hablun Minan-naas.
-Mesti merasa ummat Islam ini umpama satu badan. Jika satu anggota badan sakit, anggota badan yang lain akan merasainya.
-Bantu dan ikutlah misi bantuan kemanusian.
-Beliau tidak syahid berperang, tetapi syahid sebagai manusia yang ingin mengajar dan berkongsi ilmu.
-Tanda beliau husnul khotimah ialah terdapat peluh yang keluar ketika beliau meninggal dunia.
-Ibu bapa perlu menanamkan azam kepada anak-anak.
-Sebab Abi menyuruh Ammar belajar sejarah kerana di situ banyak fakta-fakta silam yang mampu membangkitkan manusia pada masa kini yang mengambil pengajaran darinya dan sejarah juga merupakan subjek yang terpinggir oleh masyarakat hari ini sedangkan ianya sangat penting.
-Pemergiannya menyedarkan ramai anak muda seluruh dunia khususnya Malaysia dan Turki.
-Matinya Ahmad Ammar menghidupkan ramai anak muda. "Kematian yang Menghidupkan".
-Beliau meninggal dan dikebumikan pada bulan Muharram.
-Disolatkan jenazahnya oleh orang ramai termasuk mereka yang tidak mengenalinya malah Imam, Datuk Bandar dan pensyarah-pensyarah turut hadir. Ini semua kerja Allah.
-Arwah tidak pernah menipu walaupun menipu yang dibenarkan ketika ingin membantu mereka yang dalam kesusahan.



    Kemudian disambung oleh Puan Nor Azlina Aziz (Ummi):


-Untuk memperolehi anak-anak yang hebat perlu dilihat pada niat ketika ingin memulakan rumah tangga.
-Isteri perlulah bersiap-sedia untuk mendidik anak dengan kurang bantuan suami. Tidak ada pemilikan hakiki pada alam ini.
-Faktor pemilihan pasangan juga penting.
-Doa seorang ibu juga sangat penting.

      Setelah itu, program diteruskan lagi dengan sesi soal jawab daripada mahasiswa dan juga tetamu yang hadir ke program ini.




Antara isi jawapan yang diperolehi oleh saya:

-Amalkan 7 formula Sultan Murad iaitu:
          1) Meletakkan wawasan ummatik
          2) Memberikan nama sesuai dengan wawasan
          3) Mendidik ketinggian adab
          4) Menghayati Al-Quran
          5) Memelihara solat dan menunaikan Tahajjud
          6) Menguasai ilmu yang diperlukan pada zaman itu
          7) Menguasai bahasa-bahasa asing.

-Memulakan hidup dengan niat yang betul.
-Positif pada apa yang berlaku dan tidak terlalu sensitif.
-Tiada masa untuk merajuk dan bergaduh kerana ianya satu kerugian dan membuang masa.
-Redha dengan apa yang ada di hadapan kita.

Dan Nasihat daripada Abi dan Ummi ialah:

- Nak menjamin dapat bantuan Allah ialah jika seorang manusia itu memberi bantuan kepada manusia yang lain, nescaya akan diberi bantuan oleh Allah kepadanya.

Kemudian majlis berakhir pada 10.55p.m dan disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada ahli panel dan moderator oleh pengarah program Bicara Cinta ini. Kemudian, sesi fotografi diadakan.



Sekian..

p/s: Minta maaf jika terdapat kekurangan dalam post ini kerana ianya hasil catitan saya dalam program ini. Jadi ayat-ayatnya juga berbentuk nota. Sebarang komen bolehlah postkan dibawah, di ruangan komen yang sedia ada. Terima kasih..


0 comments: