Latihan Kebakaran 2013 KDO

Assalamualaikum... lama dah tak bercoret ni..
Busy sangat dengan kerja itu kerja ini. Peperiksaan final pun dah dekat dah. Beberapa minggu saja yang tinggal.

     Tapi bukan itu yang ingin diceritakan di sini. Yang ingin diceritakan ialah mengenai Latihan Kebakaran di Kolej Dato' Onn, UKM Bangi.

     Pada malam kejadian, selesai saya mengulangkaji pelajaran kerana akan diadakan ujian pada besoknya iaitu subjek Akidah Islam, saya meletakkan badan saya di atas katil untuk tidur. Ketika itu pukul 1.30 pagi.

      Dalam keseronokkan mimpi di malam hari itu, secara tiba-tiba kedengaran bunyi letupan bertalu-talu. Rupa-rupanya ianya adalah mercun bola yang dibakar dan dilemparkan di antara dua blok bangunan bagi membangunkan penghuni kolej. Biasa kalau orang main mercun bola baling jauh-jauh. Tapi buat pertama kalinya mercun itu meletup sebelah bilik. Jadi adalah suatu perkara yang mustahil andaikata ada yang masih tak sedarkan diri.

      Kemudian sumber elektrik diputuskan bagi mengelakkan daripada berlaku litar pintas. Maka bergegaslah sebahagian besar penghuni setiap blok Kolej Dato' Onn ke kawasan lapang yang telah ditetapkan iaitu bersebelahan dengan padang futsal.

     Selepas semua pelajar telah berhimpun walaupun ada yang tak turun(kira mati la tu kalau betul-betul berlaku kebakaran), maka diadakan demo keselamatan oleh pihak BSMM. Kemudian diadakan latihan memadam kebakaran oleh pihak keselamatan dan BOMBA untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar tentang penggunaan alat-alat pemadam api dengan betul.

      Sesudah latihan pemadam api dan sedikit peringatan mengenai kebakaran itu, semua pelajar dibenarkan pulang ke bilik masing-masing. Program selesai pada jam 2.30 pagi. Dan saya tak dapat melelapkan sehingga jam 5.30 pagi. Memang terbaik. Ada la beberapa keping gambar malam kejadian yang sempat diambil.


  Kehadiran pihak BOMBA dan KESELAMATAN yang terlibat.




Latihan Kecemasan oleh BSMM.









 Latihan Kebakaran dari pihak BOMBA.








 Pemadam api jenis Carbon Dioxide tidak sesuai digunakan melainkan hanya sesuai pada kebakaran litar pintas. Dan penggunaan air pun tidak sesuai pada kebakaran kecil kerana ia menyebabkan api marak dengan lagi besar melainkan ianya digunakan pada kebakaran besar.








Yang sesuai digunakan ialah pemadam api jenis ABC.

      Sekian...
p/s: maaf kalau fakta bercanggah tapi ini yang berlaku pada malam kejadian.

0 comments: