Forum Pemantapan Akidah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bercoret lagi hari ini.

     
     Pada 13 hb Disember 2013, Kelab Iqra' Kolej Ungku Omar (KUO), UKM telah mengadakan satu majlis ilmu iaitu Majlis Forum Pemantapan Akidah Anak Muda di Dewan Anwar Mahmud (DAM), UKM.

      Jadi, saya mula bertolak dari kolej saya, Kolej Dato' Onn (KDO) pada jam 2022 p.m dengan berjalan kaki kerana letih menunggu bas. Setibanya di hadapan KUO, baru kelihatan bas lalu. Jadi, memang patut saya berjalan kaki kerana saya lagi cepat sampai berbanding dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 10 minit untuk sampai ke DAM dari KDO.


     
     Setibanya di DAM, saya terus masuk dan mengambil tempat bagi mendengar forum yang bakal berlangsung. Majlis bermula dengan alunan Asma' Ul-Husna. Kemudian terus disambung dengan forum. Ahli panel pertama ialah Ustaz Muhammad Fikri dan Ahli panel yang kedua ialah Ustaz Khairil Khuzairi Omar bermoderatorkan Imam Muda Syakir.

      
      Banyak input-input baru yang saya dapat pada malam forum ini. Sangat banyak. Majlis ini bermula pada jam 2100 p.m. dan tamat pada jam 2300 p.m. Dan bagi saya, masa yang diberi sangat terhad. In Sya Allah, sekiranya ada rezeki, saya dan rakan-rakan akan memperdalami lagi mengenai Akidah yang benar ini iaitu Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah

Sekian...



1 comment: