EduFest Remaja Agen Perubahan Masyarakat


Assalamulaikum...
Alhamdulillah, bercoret lagi nampaknya saya ni. Kali ketiga dah dalam minggu ni.



     Pada 15hb Disember 2013, bersamaan hari Ahad, pihak Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) dengan kerjasama beberapa pertubuhan yang lain telah menjalankan sebuah program iaitu program "EDUFEST, Remaja Agen Perubahan Masyarakat". Majlis telah diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM.



      Jadi saya mengikuti program yang dijalankan ini. Program bermula dengan pendaftaran peserta dan penyerahan tiket masuk. Kemudian, saya dan peserta lain mengambil tempat bagi mengikuti majlis. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua KBH dan beliau merasmikan program ini.



       Maka majlis diteruskan dengan Sesi 1 iaitu ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman bertajuk Berjaya Di Universiti Kerjaya Cemerlang. Ceramah motivasi ini berlangsung selama 1 jam 15 minit dan memberi banyak maklumat-maklumat dan faedah-faedah yang boleh dijadikan sebagai panduan kepada remaja, mahupun para peserta yang majoritinya terdiri daripada mahasiswa/wi universiti.


Ceramah Ust Zaharuddin 1
Ceramah Ust Zaharuddin 2

       Kemudian, majlis disambung lagi dengan beberapa buah persembahan (Sesi 2) iaitu persembahan nasyid yang disampaikan oleh kumpulan nasyid dari Kolej Aminuddin Baki (KAB). Begitu mantap dan jitu suara-suara jejaka yang mempersembahkan nasyid mereka. Cemburu saya.. cewah.. Kemudian, diteruskan lagi dengan persembahan teater bertemakan Islamik yang disampaikan oleh Kumpulan TEKAD KBH. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan persembahan yoyo oleh seorang pelajar yang begitu berbakat walaupun ada bahagian-bahagian tertentu beliau melakukan sedikit kesilapan. Tetapi secara keseluruhannya, sangat mantap.


 



        Setelah selesai persembahan yoyo tersebut, majlis berhenti rehat bagi memberi laluan kepada para peserta untuk makan tengah hari dan solat Zohor.


        Pada pukul 2.30 petang, majlis disambung semula dengan forum (Sesi 3) di bawah tajuk Remaja Agen Perubahan Masyarakat. Ahli Panel yang pertama ialah Ustaz Dr. Haslin Baharin atau lebih dikenali dengan Ustaz Bollywood manakala Ahli Panel yang kedua ialah Heliza Helmi. Dan majlis dikendalikan oleh seorang moderator iaitu Amin Idris. Sangat banyak perkongsian yang diperolehi daripada forum ini termasuk dari moderatornya sendiri. Majlis ini berlangsung selama 1 jam 30 minit.


Forum EduFest
    
      Kemudian majlis disambung dengan majlis cabutan bertuah dan bersurai.


Sekian..



p/s: komen la sekali ye di bawah post ni... ada ruang komen kat bawah...

3 comments:

  1. xpe.. ade rezeki program lain plak pergi

    ReplyDelete
  2. Berilah sikit ulasan / review supaya dpt juga manfaat. Ilmu sedikit pun jadi lah

    chègúzam

    ReplyDelete