Drama Foundation & Seminar Ilmu Wahyu


Assalamualaikum...
Alhamdulillah, bercoret lagi kali ini pasal ada aktiviti yang diadakan.

     Pada 9 hb Disember 2013, iaitu bersamaan hari Isnin, saya dan kawan-kawan bagi set 37 membuat persembahan drama dalam  Bahasa Inggeris kerana ianya merupakan penilaian akhir bagi subjek Foundation. Ujian kumpulan kami berlangsung pada jam 1000 a.m. Sebelum bermula persembahan, berdebar rasanya. Tapi, selepas selesai persembahan, pergh.. hilang sejumlah besar batu yang hinggap di kepala.







     Selesai sahaja membuat persembahan, saya bergegas ke Bilik Senat, Canselori bagi mengikuti Seminar Antarabangsa Ilmu Wahyu & Turath 2013 (SIWAT) di bawah tajuk "Keunggulan Hadis Dalam Peradaban Islam"



Setelah selesai dua ucaptama oleh Prof. Dr. Ariffuddin Ahmad Mag [Dekan Fakultas Ushuluddin & Filsafat, Universiti Islam Negeri (UIN) Alauddin, Makassar Indonesia] dan Prof. Dr. Mohammed Abul Laith dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), maka pembentangan seterusnya diadakan di empat bilik berasingan dalam masa yang selari iaitu di Bilik Majlis, di Bilik Senat, di Bilik Mesyuarat Usuluddin dan di Bilik Mesyuarat Syariah.

      Saya ke Bilik Mesyuarat Usuluddin bagi mengikuti 3 pembentangan yang bertajuk:


1) "Konsep Rawatan Islam dalam Pandangan Sunnah" oleh Ustaz Muhammad Masruri
2) "Konsep Wasatiyyah Menurut Hadith Rasulullah S.A.W" oleh Ustaz Abur Hamdi Usman
3) "Al-Hadith Sebagai Sumber Sejarah" oleh Ustaz Wan Saifullah Wan Abdul Ghani






     Kemudian, program berehat seketika bagi memberi laluan kepada peserta dan pembentang untuk makan tengah hari dan solat Zohor.



       Selesai Solat Zohor, saya ke gerai seketika untuk membeli buku yang dijual dan saya telah membeli buku Al-Munir Fi Ahkam At-Tajwid dan buku As-Syarhu Al-Kabir 'ala Al-Arba'in An-Nawawiyyah.


Dan bergegas ke Bilik Senat bagi mengikuti 3 lagi pembentangan yang bertajuk:

1) "Kesan Hadith Dha'if Sunnan At-Tirmidzi oleh Sheikh Al-Albani Terhadap Syawahid Imam At-Tirmidzi" oleh Ustaz Dr. Ahamad Asmadi Sakat
2) "Anti Hadith dan Jil Al-Quran: Satu Analisa Kritis" oleh Ustaz Ahmad Yunus Mohd Noor
3) "Menolak Salah Faham Tentang Perlakuan Songsang Golongan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender): Analisis Autoriti Teks dan Fiqh Al-Hadith oleh Ustaz Muhd Najib bin Abdul Kadir Mazlan bin Ibrahim

      Setelah selesai semua perbentangan di keempat-empat lokasi, maka majlis diteruskan lagi dengan ucaptama yang ketiga daripada Ustazah Prof. Dr. Jawiyah Dakir. Kemudian majlis Penutup diadakan. Selesai majlis Penutup, semua hadirin menikmati minum petang, pemberian sijil penyertaan dan bersurai.


Sekian..

2 comments:

  1. Assalamualaikum
    Tau tk kat mana sy bole cr kitab al munir tu? kedai online ke?

    ReplyDelete