iCEPS 9 USIM, Malam Cinta Rasul

     Assalamualaikum, alhamdulillah.. bercoret lagi..

 
     Pada 28 September 2013 (Hari Ketiga), pihak USIM telah mengadakan Majlis Malam Cinta Rasul, yang merupakan salah satu program dalam Konvensyen Keusahawanan Islam kali ke-9 (ICEPS 9) yang bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM), Nilai, Negeri Sembilan (Sebenarnya di hadapan dewan tertutup Nilai).

     Kami daripada Kelab Kerohanian dan Sivik Kolej Dato' Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Bangi, Selangor telah dijemput bagi menghadiri program ini untuk memeriahkan lagi majlis tersebut di samping mengambil peluang bagi mengikuti Majlis Malam Cinta Rasul ini.



     Kami bertolak dari UKM seawal jam 12 tengah hari dan tiba di sana dalam 40 minit kemudian.
Setibanya kami di USIM, kami meronda-ronda di sekitarnya bagi melihat suasana di tempat orang.

     Pada malamnya majlis dimulakan dengan bacaan qasidah oleh Kumpulan Yayasan As-Sofa Negeri Sembilan. Kemudian, majlis disambung lagi dengan tausiah yang disampaikan oleh Dato' Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki as-Sanusi. Dalam tempoh beliau berucap, ketika itu Habib Syech As-Seggaf tiba.



     Selepas mendengar tausiah daripada Dato' Sheikh Muhammad Fuad, majlis disambung dengan alunan Qasidah oleh kumpulan Habib Syech As-Seggaf bersama para hadirin.


     Majlis berakhir dengan bacaan Doa oleh al-Habibain...

     Sekian.

p/s: majlis qasidah ni sebenarnya selama 2 jam.. tp yg lain2 tu saya record guna mp3..

0 comments: