Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri, Negeri Sembilan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bercoret lagi..

Kali ini tentang perjalanan saya ke Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Seremban bersempena dengan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan.

Saya bersama rakan-rakan ke PDI, bagi membuat persembahan bacaaan Qasidah dan mempromosikan album Badrun Min untuk pembinaan pondok ar-Raudhah.

Saya berada di PDI bermula dari Rabu malam sehingga pagi Ahad (21/04/2013).

Antara aktiviti yang diadakan di PDI ialah bacaan tilawah al-Quran yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori remaja, dewasa dan veteran. Kemudian diadakan juga forum yang bertajuk 'Wahyu Agong: Pedoman, Bimbingan & Kasih Sayang Rabb Buat Insan'. Selain itu, turut diadakan persembahan Qasidah daripada Institut Tahfiz al-Quran Gemencheh, Negeri Sembilan, MRSM Gemencheh, Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) dan juga daripada kumpulan Qasidah kami Raudhatul Hasani. Turut diadakan juga persembahan Nasyid daripada kumpulan lelaki dan perempuan yang dijemput khas daripada USIM.

Majlis ini dihadiri oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.T.M Tunku Besar Tampin, Y.T.M Dato'-Dato' Undang Yang Empat, Y.B Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, dan juga D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dan Keputusan Penuh Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 1434H/2013M :

Remaja Lelaki:
Johan : Mohd Hazwan bin Hamdan ( Port Dickson )
NaibJohan : Syed Abdul Waahid Qusyairi bin Syed Ahmad Johari ( Rembau )
Ke-3 : Muhammad Fitri bin Mohd Zainullah ( Tampin )

Remaja Perempuan :
Johan : Nur Fatihah binti Zaid ( Port Dickson )
NaibJohan : Nurusaadah binti Ahmad Lutfi ( Tampin )
Ke-3 : Afifah Syukriah Ghani ( Jelebu )

Dewasa Lelaki :
Johan : Ustaz Amirahman Abas ( Seremban )
NaibJohan : Abdul Hanis bin Daud ( Jelebu )
Ke-3 : Kazrul Firdaus bin Ahmad ( Port Dickson )

Dewasa Perempuan :
Johan : Hajah Suriati Binti Sabari
( Kuala Pilah )
NaibJohan : Norhafiza binti Hamdan ( Port Dickson )
Ke-3 : Nur Hafizah binti Ahmad Tajudin ( Seremban )

Veteran Lelaki :
Johan : Haji Abdullah bin Omar ( Seremban )
NaibJohan : Mohd Diah bin Ismail (Tampin )
Ke-3 : Suhaimi bin Isa ( Kuala Pilah )

Veteran Perempuani :
Johan : Hajah Rohani binti Abd Shukor ( Seremban )
NaibJohan : Siti Gayah binti Tahir ( Rembau )
Ke-3 : Faridah binti Ahmad ( Tampin )


Sekian, Terima Kasih...











0 comments: