Majlis Houl Sayyid Muhammad 'Alwi al-Maliki

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, pada 9/03/2012, kami(pelajar STAM) bertolak ke Sekolah Tinggi Islam As-Sofa(STIAS) untuk menghadiri Majlis Houl Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani.

Majlis bermula pada 6.30 p.m. dengan pembacaan Qasidah yang diketuai oleh Ustaz Latif. Kemudian majlis disambung dengan pembacaan Tahlil oleh Ulama’ Indonesia.

Kemudian majlis disambung dengan ucapan Habib Naufal:

· Cinta kepada Anbiya’ dan ulama’ ialah rahmat untuk hari Akhirat dan memandang mereka merupakan ibadah.

· Rasa cinta pada ulama’ perlu kita jaga.

· Tidak ada jalan dan pintu melainkan pintu Nabi Muhammad S.A.W.

· Barangsiapa yang ingin sampai ke hadrat Allah tanpa pintu Nabi Muhammad S.A.W, dia tidak akan dapat masuk.

· Allah tidak akan azab umat Muhammad ketika mereka sedang beristighfar.

· Duduk di majlis ilmu bersama para ulama’/qiamullail/baca al-quran antara cara menjaga iman kita.

Kemudian majlis disambung dengan kata-kata salah seorang Kiai iaitu pembacaan Manaqib tentang Sayyid Muhammad ibn ‘Alwi.

Solat Maghrib.

Kemudian persembahan Qasidah oleh Abu Shaar. (gayat rasanya sbb first time tgk depan mata)

Majlis disambung dengan ucapan Habib Husin Agil:

· Majlis ilmu itu ialah taman-taman Syurga.

· Maksud taman Syurga ialah mereka yang mengkaji ilmu-ilmu Allah dan berkumpul kerana Allah.

· Belajar ilmu agama penting tetapi yang paling penting ialah siapa yang mengajar ilmu agama.

Kemudian majlis disambung lagi dengan ucapan Prof. Abdul Razak as-Sa’diyy:

· Sabda Rasulullah: “Setiap satu abad, Allah akan mengutuskan seorang manusia untuk memperbaharui agama-Nya.

· Pengijazahan hadith tentang haram mengatakan sesuatu dengan menggunakan nama Rasulullah sedangkan Baginda tidak melakukan akan perkara itu.

Majlis disambung dengan ucapan Dr. Abdul Mu’in as-Siddiq al-Ghumari:

· Kata-kata aluan

· Pengijazahan Hadith Mursalsal: “mereka yang memiliki kasih sayang, mereka kasihlah penduduk di bumi, nescaya disayang oleh penduduk di langit”.

Kemudian majlis disambung dengan Qasidah daripada kumpulan Abu Shaar.

Majlis disambung lagi dengan kalam Dr. Farouq Hamadah:

· Nabi Muhammad petunjuk umpama hujan di tanah yang kering sehingga tumbuh pokok-pokok dengan subur.

· Orang yang cari ilmu kerana sijil dan diploma dan lain-lain adalah umpama batu yang disiram air yang membuat air itu bertakung.

· Niat perlu betul supaya pemahaman terhadap ilmu itu kita dapat.

· Belajarlah kitab Riadus Solihin

· Berlajarlah sedikit demi sedikit semampu otak. Jangan amik banyak kalau tidak mampu kerana banyak yang akan hilang.\

· Jangan tuntut ilmu untuk ganjaran atau nama, tetapi carilah untuk keredhaan Allah.

· Belajarlah bahasa Arab, bukan lahjah orang arab.

Majlis bersambung lagi dengan pembacaan Qasidah oleh Abu Shaar. Dan kemudian majlis bersurai.

Sekian…

p/s: maaflah kalau video x jelas sbb convert x bgus... video asal bagus...!!! video nk bgtau ade Abu Shaar je!!!

(=^_^=)

0 comments: