Pembacaan Kitab Matla'ul Badrain

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, pada 20/3/2012, kami mengikuti Majlis bersama Ustaz Nasir. Program ini bermula dengan bacaan Burdah al-Busairi. Kemudian, program disambung dengan bacaan Kitab Matla’ul Badrain (Muqaddimah m/s 1-4). Ini isi yang sempat dicatit.

· Kitab tentang aqidah, ibadah, dan sedikit akhlak.

· Nak dapat syafaat kena banyakkan amal ibadah.

· Dengan ilmu, banyak orang dapat tempias. Kamu belajar ilmu, ibu bapa kamu dapat tempias keberkatan ilmu itu.

· Siapa belajar ilmu, Allah akan beri buku amalan dan kita akan sambut buku amalan kita dengan tangan kanan.

· Apabila mati anak Adam, akan terputus semua perkara kecuali 3:

o Doa anak yang soleh

o Sedekah jariah

o Ilmu yang bermanfaat

· Kita masih boleh beramal ketika nyawa ditarik dan ianya dicatit oleh Malaikat dan amalan kita terputus jika nyawa kita dah sampai paras halkum.

· Siapa kasih kepada ilmu dan penuntut ilmu, itu tanda mereka kasih kepada Anbiya’. Ini kerana para Nabi tidak mewariskan dirham dan dinar, tetapi mereka mewariskan ilmu.

· Nikmat ilmu itu lebih nikmat daripada minum air sejuk ketika cuaca terlalu panas.

· Siapa yang benci ilmu dan penuntut ilmu, itu tanda mereka benci Nabi dan balasan mereka ialah Neraka Jahannam.

· Seseorang itu akan bersama dengan orang yang mereka kasih di akhirat.

· Tuntutlah ilmu dari atas buaian(kecil) sehingga ke liang lahad(mati).

· Nabi bersabda, jika kamu berdoa meminta Syurga, maka mintalah Syurga Firdaus.

· Orang yang menuntut ilmu, mereka dikurniakan 10,000 mahligai di Syurga, 100,000 bandar daripada cahaya di Syurga al-Khaldu, 20,000 darjat di Syurga al-Makwa, dan sebagainya.

· Bagi penuntut ilmu, jika mereka(penuntut ilmu) mati, orang yang menziarahi jenazahnya akan diampunkan dosa mereka(penziarah).

· Barangsiapa yang belajar ilmu untuk beramal dan mengajarnya, ia lebih baik daripada 500 rakaat.

· Hadith: Siapa yang nak tengok orang yang mendapat pelepasan daripada api neraka, maka lihatlah pada penuntut ilmu.

· Orang yang belajar ilmu dan memahaminya, itu namanya Muta’allimin(pelajar). Manakala orang yang belajar ilmu tetapi tidak memahaminya, itu namanya Mustami’(pendengar).

· Selangkah untuk menuntut ilmu diberi pelbagai jenis darjat dan antaranya umpama ibadah seribu tahun.

· Jika penuntut ilmu lalu di sebuah kampung, Allah akan angkat azab kubur(di kampung itu) selama 40 hari.

· Menuntut ilmu lebih afdhal daripada mereka yang berperang fi Sabilillah(di Jalan Allah).

Sekian……

(=^_^=)

0 comments: