Pembacaan Kitab Matla'ul Badrain ke-2




Assalamualaikum…

Alhamdulillah, pada 26/3/2012, telah diadakan Majlis Pemabacaan Kitab Matla’ul Badrain kali ke-2 ,m/s 4-7 bersama Ustaz Mohd Nasir bin Othman. Berikut adalah nota daripada majlis tersebut:

· Dalam dunia ini ada dua taqdir iaitu taqdir baik dan buruk.

· Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ialah golongan Al-Asy’ari.

· Setiap ilmu itu ada imam iaitu Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

· I’tiqad itu imamnya ialah Abu Hasan al-Asy’iri.

· Perkara akidah adalah perkara wajib dipelajari.

· Antara istilah yang terdapat dalam ilmu Tauhid ialah hukum akal iaitu:

o Wajib =tidak tergambar pada akal tidak wujudnya.

o Mustahil =tidak tergambar pada akal wujudnya.

o Harus =sesuatu yang harus pada akal sama ada boleh atau tidak

· Ilmu Tauhid tidak boleh ditukar-tukar seperti ilmu Feqah.

o Contoh: Allah itu ada, maka Ia tetap ada. Ianya tidak akan berubah.

· Ada ulamak mengatakan sifat wajib hanya tiga belas disebabkan kalimah-kalimah yang hampir sama itu dikira satu, seperti:

o Basar dengan Basiran

o Qudrah dengan Qadiran

o Irodah dengan Muridan

o ‘Ilmun dengan ‘Aliman

o Hayyah dengan Hayyan

o Sama’ dengan Sami’an

o Kalam dengan Mutakalliman

· Tetapi ada juga Ulama’ yang menyatakan terdapat perbezaan di antara keduanya.

· Tuhan tidak memerlukan atau berhajat pada tempat. Jika ada ayat Mutasyabihat, kita kena tolak awal. Jika ayat Mutasyabihat daripada al-Quran, perlu ditafsir ayat itu untuk mengetahui maksud sebenar ayat itu.

· Terdapat beberapa pembahagian dalam sifat wajib Allah:

o 1 sifat Nafsiyyah:

§ Wujud

o 5 sifat Salbiyyah:

§ Qidam

§ Baqa’

§ Mukholafatuhu lil-Hawadith

§ Qiamuhu binafsiHi

§ Wahdaniah

o 7 sifat Ma’ani:

§ Qudrah

§ Irodah

§ ‘Ilmun

§ Hayyun

§ Sama’

§ Basor

§ Kalamun

o Dan 7 sifat Ma’nawi:

§ Qadiron

§ Muridan

§ ‘Aliman

§ Hayyan

§ Sami’an

§ Basiron

§ Mutakalliman

· Allah Ta’ala sifatnya sempurna. Maha Suci Allah daripada sifat kekurangan.

· Tiada sesuatu yang berkuasa beriringan dengan Allah.

· Semua yang ada pada makhluk sebenarnya kuasa Allah.

o Contoh: Api kuasanya membakar. Tetapi ia tidak berjaya membakar Nabi Ibrahim. Ini buktinya Allah yang memiliki semua kuasa.

· Jadi, kita kena yakin bahawa semua kuasa adalah daripada Allah dan kita juga kena yakin bahawa semua perkara terletak pada keizinan Allah.

· Kita kena berhadapan dengan manusia sekadar bersyariat bukan dengan hakikat. Walaubagaimanapun kita kena juga beradab dengan hakikat.

o Contoh: kita ajak seseorang itu untuk bertaubat dan orang itu memilih untuk mendengar atau tidak(syaria’t). Hakikatnya ialah semua perkara yang terhasil sama ada dia ikut atau tidak itu adalah kehendak Allah.

Sekian…

(=^_^=)

0 comments: