Majlis Bersama Sheikh Rohimuddin al-Bentani

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, pada hari ini (2/3/2012), ketika Maahad Ahmadi di atas menjalani pertandingan Ilmiah peringkat sekolah, kami di MANS STAM didatangi oleh seorang Ulama’ iaitu Sheikh Rohimuddin al-Bentani. Antara isi tazkirahnya ialah(apa yang sempat dicatat la ye):

- Musolla di sini buruk daripada pusat membeli belah. Tetapi Musolla ini lebih mulia daripada pusat membeli belah.

- Di mana-mana pun, di waktu bila pun, jika seseorang itu mengingati Rasulullah, dia seorang yang mulia.

- Semua perkara daripada Rasulullah adalah daripada Allah, tetapi apa yang selain daripada Rasulullah, ianya adalah makhluk.

- Penuhi waktu dengan menuntut ilmu. Jika menuntut ilmu di madarasah dan universiti, ianya tidak cukup. Jadi, bertalaqilah untuk menambahkan ilmu (kata-kata Dr. Hasan Nakata dari Jepun).

- Jangan bazirkan waktu kerana waktu itu sekali saja kita jumpa. Waktu yang lepas kita tidak akan jumpanya lagi.

- Waktu itu juga umpama permaidani saat. Jadi, jangan dibazirkan saat itu.

- Jangan terlalu mencita-citakan perkara pada masa hadapan. Jangan kata “nanti” tapi lakukan pada waktu sekarang.

- Kita tidak boleh menjangkau masa depan dan berundur ke masa lepas.

- Masa bermaksud sekarang. Bukan masa yang belum kita lalui dan bukan masa yang telah lalu.

- Masa ‘sekarang’lah yang akan memberi kesan kepada masa akan datang.

- Sabda Rasulullah(mafhumnya), “orang yang buat jahat dan orang yang buat baik akan menyesal di akhirat”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah! Jika orang yang buat jahat itu menyesal itu kami fahamlah. Tetapi orang yang buat baik menyesal kenapa pula?”. Sabda Rasulullah, “Mereka menyesal kerana membuang masa dengan perkara-perkara lalu(tidak mengguna masa dengan baik @ terlalu memikirkan perkara yang sudah lepas).

- Jangan jadi orang lain tetapi jadilah diri sendiri.

- Jika kita mempunyai cita-cita, lakukan sekarang untuk merangka masa depan yang dicita-citakannya.

- Ciri orang beriman antaranya ialah tidak terlalu menyesal(sehingga menghabiskan banyak waktu).

- Jangan ditunggu hari esok(dan akan datang) kerana tiada siapa tahu apa pada esoknya. Esok ialah kesan daripada hari ini.

- Kalau kita beribadah, tempat dan waktu pada ketika itu akan jadi mulia.

- Hidup itu ialah bangunan waktu, jadi jangan dibina bangunan itu dengan dinding maksiat dan penyesalan.

- Jika kita lihat masa lalu yang kurang(dengan ibadah), maka ubati(isi) sekarang.

- Umur 14-21 tahun adalah waktu bahaya kerana waktu ini sangat berharga.

- Orang yang menderita pada umur 22 tahun ke atas kebanyakannya disebabkan kerugian pada umur ini(14-21 tahun)

- Imam Junaidi pada umur 21 tahun boleh menjadi murabbi.

- Imam Syafie pada umur 21 tahun boleh mengeluarkan fatwa.

- Sultan Muhammad Al-Fateh pada umur 21 tahun telah menawan Kota Kostantinople(Istanbul).

- Mereka semua ini terselamat daripada kekosongan(kerugian) pada waktu ini(14-21 tahun).

- 5 kelebihan pada waktu ini(14-21 tahun) dan 5 kekurangan juga padanya.

- Pada waktu ini:

o Kita memiliki semangat yang sangat tinggi. (maka perbanyakkan membaca)

o Kita memiliki keinginan untuk mengetahui sesuatu yang sangat tinggi. (maka datangilah majlis ilmu supaya tidak merasa untuk mencuba benda yang haram)

o Kita mempunyai pencarian jati diri yang sangat tinggi. (diri itu bukan jasad tapi rohani. Jadi penuhi tuntutan rohani. Kerana ketika kita mati, kita tangisi akan rohani, bukan jasad. Jadi, datanglah kepada para ulama’)

o Kekuatan syahwat yang lebih tinggi daripada akal. (imbangilah dengan akal. Banyakkan puasa dan zikir untuk menjadikan nafsu seimbang dengan akal).

o Kurangnya pengalaman dan ilmu sehingga mampu menerima apa saja. (muzakarah dengan guru dan selalu berada di majlis ilmu).

- Jika perkara maksiat dirasanya gembira, maka ianya adalah jasmani.

- Tetapi jika perkara kebajikan dirasakannya menggembirakan, maka ianya ialah rohani.

- Masalah kita adalah pada diri kita sendiri.

- Tentangan terhadap kita untuk melakukan kebajikan ialah daripada budaya, sosial dan lain-lain.

- Nak dengar lagu itu boleh jika ianya sekadar hiburan tetapi imbanginya dengan mendengar Qasidah.

- Orang sekarang ramai yang berfikir bahawa selepas umur 21 tahun, tak payah menuntut ilmu lagi. Ini adalah satu pandangan yang sangat SALAH.


Sekian…

(=^_^=)

0 comments: