Kuliah Dan Selawat Bersama Ustaz Nasir

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, pada malam ini (6/3/2012), telah diadakan majlis zikir iaitu zikir kepada Nabi S.A.W (berqasidah Burdah) bersama Ustaz Nasir bin Othman di Surau MANS STAM.

Kemudian, disambung dengan tazkirah daripada beliau seperti di bawah yang sempat dicatit.

· Kalau kita seronok dengan nyanyian, jangan lupakan burdah(selanginya).

· Burdah bukan saja seronok daripada suara, tetapi juga ia ditujukan kepada Nabi S.A.W.

· Tiada yang seronok bagi mukmin melainkan bersama Allah, para Nabi, Syuhadak, Ulamak...dll

· Burdah Busairi mempunyai kebaikan.

· Ahmad Syauqi (seorang penyair) yang hebat, kalah bahasanya dengan Burdah Busairi.

· Isi kandungan burdah ini menunjukkan kecintaan kepada Nabi SAW.

· Kalau seseorang itu benar-benar cinta, maka tulisannya daripada keikhlasannya.

· Malanglah kepada ahli agama yang memandang serong kepada burdah ini, kerana sasterawan pun terasa takjub melihat isi kandungan (burdah) ini.

· Berkata sasterawan yang menilai burdah ini bahawa, ini bukan karangan daripada manusia, tetapi karangan ini datang daripada Allah.

· Kita belajar dengan mujahadah, ikhlas kerana Allah, menolak gangguan yang datang di hadapan kita, tidak mencampurkan pembelajaran dengan percintaan, Allah akan memberi ilmu kepada orang yang mencarinya(ilmu).

· Orang yang tidak ikhlas mencari ilmu, dan tiada usaha, maka jangan mimpi ilmu itu akan sampai kepadanya.

· Kalau kita belajar kemudian mujahadah, bersengkang mata mencari ilmu, insya-Allah Allah akan memberi ilmu yang di mana kita tidak tahu dan tidak sedar akannya.

· Dengan keikhlasan doa dan belajar dengan ikhlas, insya-Allah ilmu itu akan datang dengan izin Allah.

· Kalau Allah nak bagi ilmu itu dengan mudah tiada masalah, cumanya Allah ingin melihat siapa yang berusaha untuk mendapatkan ilmunya.

· Di dalam Syurga tidak ada kata-kata yang lagho(sia-sia) malah kita nak dengar lagi kata-kata ketika di sana dan bahasa Arab itu kita kuasainya di Syurga.

· Zaman Rasulullah S.A.W, manusia (kaum Arab)ketika itu tidak memerlukan kitab-kitab Arab kerana mereka berada pada zaman kemuncak bahasa Arab.

· Apabila mereka berkata-kata dalam bahasa Arab, orang yang mendengarnya berasa seronok.

· Kita akan berasa seronok pada pecakapan dan semua perkara yang ada di Syurga itu kerana ianya ialah nikmat( pada baunya, pandangannya, makanan, suasana, dll)

· Jika kita ingin nikmat yang hebat itu (syurga), maka kita perlu bersabar dengan haramnya (sebahagian perkara ketika di dunia), dengan perintah dan larangan Nabi. Semuanya memerlukan kepada Iman, kerana tanpa Iman, diri kita akan rosak.

· Allah kata rebut akhirat, ini menunjukkan ada sesuatu yang nikmat di akhirat.

· Peluang’ itu hanya sekali saja. Belajarlah bersungguh-sungguh dalam waktu sekarang, kalau tidak, kita akan menyesal nanti.

· Pelajar diberi ujian kesabaran dalam pembelajaran.

· Ujian belajar, bekerja, berkeluarga adalah tidak sama. Jadi, bersabarlah dengan sabar sebenar-benar sabar.

Sekian..

(=^_^=)

0 comments: