Mana Hala Cinta Kita???



Alhamdulillah…

Tiba sudah bulan Rabi’ul Awal di mana di bulan ini lahirnya seorang insan yang merupakan Khairul Barriyyah. Dia ialah Rasulullah S.A.W. (Muhammad bin Abdullah).

Jadi adakah kita menyayangi kekasih kita(kononnya) lebih daripada Rasulullah S.A.W???

Baginda masih ingatkan kita hatta sebelum Baginda wafat. Tapi kita? Apa yang kita lakukan? Adakah kita mengingati Baginda?

1) Kalau kita sayang Nabi, pahala kita dapat. Tapi kalau kita sayang kekasih kita yang bukan mahram itu, dosa yang kita dapat.

2) Kalau kita memuji Nabi, kita melakukan amalan para malaikat. Tapi kalau kita puji kekasih kita, syaitan yang beriya-iya sukakannya.

3) Kita suka kalau kekasih kita hantar mesej kat kita. Tapi kenapa mesej yang diberikan oleh Rasulullah, sedikit pun kita tidak mahu baca. Sedangkan Beliau mengasihi kita lebih daripada isteri2nya dan merindui kita lebih daripada sahabat2nya.

Jadi rugi kalau kita melebihkan kekasih kita daripada Baginda S.A.W.

Oleh itu kawan2, bermula daripada bulan yang mulia ini di mana lahirnya Khairul ‘Ibad ini, marilah sama2 kita melahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W dengan banyakkan selawat ke atas Baginda, mengikut sunnah baginda, mempelajari sirah baginda dan mempelajari peribadi Baginda. Mudah-mudahan. Insya-Allah.

Wallahu A’lam.

0 comments: