Majlis Maulid Nabi Bersama Habib Yusuf...


Alhamdulillah...

Pada 12 hb Februari 2012, telah diadakan majlis Maulidur Rasul di Masjid Jamek Bahau bersama Habib Yusuf.

Majlis bermula dengan bacaan Qasidah Burdah Busairi oleh kami(pelajar MANS) selepas solat Maghrib.

Kemudian, selepas solat Isya’, majlis disambung dengan ceramah daripada Habib Yusuf.

Jadi saya ingin kongsikan apa yang saya dapat dalam majlis ini(Apa yang sempat saya catat la ye).

- Allah tidak akan turunkan azab kepada suatu kaum melainkan telah diturunkan Rasul kepada kamu.(maksudnya, bila telah diutuskan Rasul, kita tidak mengikutnya, maka Allah akan turunkan azab).

- Allah telah tanya kita suatu masa dahulu, “bukankah Aku tuhan kamu?” Kita semua menjawabYa”. Jadi, persoalannya di sini, adakah kita melakukan perkara yang mengarah kepada jawapan kita dahulu?

- Satu contoh:

kalau kita berjanji dengan kekasih kita, kita merisik, kita bertunang, dan kita berkahwin. Tetapi selepas kita berkahwin, kita kata kepada pasangan kita “Aku tidak mahukan kau!”. Itulah perumpaan untuk kepada Allah. Ianya adalah KHIANAT!!!

- Jadi, Allah utuskan Rasul untuk mengembalikan kita ke arah yang benar.

- Akhlak Nabi seperti al-Quran, bukannya daripada al-Quran. Ini menunjukkan Nabi ini seorang manusia yang tinggi akhlaknya. Tiada lagi hebat.

- Orang zaman sekarang suka:

o Bagi tazkirah kepada orang lain tapi bila diberi tazkirah kepadanya, dia menolaknya.

o Tengok kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri sedikit pun tak dipandangnya.

- Jika kita sayang seseorang, pasti kita akan ikut cakapnya kan? Macam itulah kita dengan Nabi Muhammad!

- Janganlah kita mendengar dan suka kepada Nabi tetapi tidak ikut apa yang dikatakan kerana ini akan menyerupai Abu Lahab. Dia(Abu Lahab) sayang kepada Nabi Muhammad dan mendengar kata2 Nabi kita, tetapi hatinya terhijab untuk mengikut suruhan Baginda.

- Dalam al-Quran, telah dirakamkan oleh Allah akan kata2 Nabi: mafhumnya: “Jika kamu cintakan Allah, maka ikutlah Allah, maka kamu akan dikasihi dan dosa kamu akan diampunkan.

- Jadi kita kena dengar, kita lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang, dan kita jadikan Nabi sebagai Ikutan kita.

- Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai cara hidup, maka cara hidup dia itu tidak akan diterima.

- Nur Muhammad sangat hebat kerana telah lama wujud semenjak sebelum Tanah dan Air belum diuli menjadi Nabi Adam a.s.

- Nur Nabi Muhammad juga terpancar pada wajah Abdullah(bapa Nabi) dan seorang wanita teringin mengahwininya untuk mendapatkannya (cahaya itu). Tetapi selepas Abdullah berkahwin dengan Aminah, wanita itu tidak menghiraukannya lagi kerana cahaya itu sudah tidak ada lagi. Ini kerana cahaya sedang dikandung oleh Aminah.

- Malaikat Jibril dan Malaikat Penjaga Gunung-ganang menawarkan diri untuk dihancurkan penduduk Taif dan Makkah selepas melihat Nabi dibaling dengan batu. Tetapi Nabi menghalangnya sebaliknya Nabi berdoa moga-moga akan lahir zuriat mereka yang beriman kepada Allah. Ianya terbukti. Di antaranya Abu Jahal seorang yang menentang Nabi tetapi tidak kepada anaknya Ikramah.

- Semakin kita cintakan Allah, semakin tinggi ujian yang Allah berikan kepada kita(biasanya dugaan).

Wallahu A’lam...

(=^_^=)


0 comments: