Kekalkan Kami!!!


gambar hiasan

Kekalkan KAMI di Universiti Islam Asahan STAM…

Itulah ungkapan yang sering diperkatakan oleh pelajar Universiti Islam Asahan pada era masa kini…

Menurut berita, bangunan Universiti Islam Asahan STAM akan dirobohkan untuk dibina bangunan baru dan para pelajar STAM dikehendaki berpindah ke Kolej Ahmadi untuk meneruskan pembelajaran sementara bangunan dibina nanti..

Walaubagaimanapun, para pelajar di Universiti Islam Asahan STAM menyuarakan kedukacitaan kepada pihak sekolah kerana bangunan yang didiami oleh mereka cukup selesa…

Salah seorang pelajar yang hanya mahu dikenali dengan nama Husnu Dzon berkata: “Kami sangat sukakan Universiti Islam Asahan STAM ini kerana terlalu tenang berada di sini berbanding ketika kami berada di atas (Kolej Ahmadi)…

Lagipun kami ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sijil Tinggi Islam Malaysia ini. Oleh itu, kami berasa sedih jika bangunan ini akan diruntuhkan dan menyebabkan kami berpindah ke Kolej Ahmadi.

Jadi, sebulat suara dari pelajar2 Universiti Islam Asahan STAM bermohon semoga dikekalkan mereka di bawah… jika mahu dibina bangunan baru sekalipun, diharap ianya dilakukan SETAHUN dari sekarang…

sekian…

-Warta MANS-

0 comments: