Hari Sukan MANS...!


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, selesai sudah program Hari Sukan peringat MANS. Kami pelajar STAM menjadi urusetia untuk program ini.

Program ini bermula dengan aktiviti sukan daripada pelajar Perempuan. (xnak cerita pnjg).

Kemudian program disambung dengan acara sukan oleh pelajar lelaki. Kami menjalankan tugas sebagai urusetia dengan terbaik sekali dan dengan penuh keadilan sekali. (-_-)

Antara acara yang dipertandingkan ialah lompat jauh, lontar peluru, larian 4x100 meter, larian 4x 200 meter, 2x 400 meter, larian 100 meter, dan larian 200 meter.

Kemudian, acara kemuncaknya ialah pertandingan tarik tali di antara guru kumpulan 1 dengan guru kumpulan 2, dan antara pelajar STAM kumpulan 1 & 2.

Dan acara terakhir sekali ialah penyampaian hadiah… Keputusannya: Rumah Merah no. 1, Hijau no. 2, Kuning no.3, dan Biru no.4

Sekian.

(ceritanya pendek je, gambar yang banyak. dan maaf kalau ada gambar yang tidak diupload)

(=^_^=)

0 comments: