Hari Raya Aidil Adha 2011



Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat lagi kita hidup dalam dunia yang penuh pancaroba ini.

Pada 6 November 2011 bersamaan hari Ahad, umat Islam seluruh dunia telah menyambut Hari Raya Aidil Adha. Tidak terkecuali juga saya yang menaip ini. Sungguh meriah perayaan Hari Raya Aidil Adha di kampung saya.

Pada waktu pagi (jam 0800) para jemaah berkumpul di Surau Hulu Kampung Jalan Enam Kaki untuk bertakbir raya. Kemudian kami semua solat sunat Aidil Adha dan mendengar khutbah hari raya. Kemudian kami ke rumah imam surau untuk manikmati jamuan hari raya.

Selepas itu saya bersiap untuk membantu proses korban. Proses korban berlangsung sehingga 2.30 pm.





Pada malamnya, saya dan penduduk kampung bertakbir rumah ke rumah. Sungguh seronok sekali dapat pergi rumah jiran pada waktu malam bagi menikmati hidangan yang enak-enak.



Sekian sahaja coretan saya.

p/s: maaf ye gambar kecik, sebab ade masalah kamera. boleh la ye sebagai syarat.

0 comments: