Rusa vs Penyu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, pada 29 Oktober 2011 bersamaan Hari Sabtu, telah berlangsungnya perlawanan antara Terengganu (Sang Penyu) dan Negeri Sembilan (Sang Rusa). Perlawanan begitu sengit nampaknya.



Dapat dilihat bahawa Negeri Sembilan mempunyai peluang yang banyak dalam cubaan menjaringkan gol. Ini suatu yang membanggakan. Walaubagaimanapun Terengganu mendahului jaringan dengan jaringan pertama 1-0.

Tetapi dengan semangat dan kebolehan yang ada, Kunanlan membuat cubaan sepakan ke arah gol. Oleh kerana kesilapan penjaga gol, bola tersebut terlepas lalu masuk ke dalam jaring gol 1-1. Manakala pada minit akhir, Hai-O (Hairudin Omar) berjaya menjaringkan gol menggunakan kaki. Juruhebah TV1 menyatakan ini sungguh menakjubkan kerana Hai-O biasanya menggunakan tandukan. Tahniah NEGERI SEMBILAN (SANG RUSA). Moga-moga ganjaran yang bakal diberikan oleh MB N9 memuaskan kami.. :P



Sekian... Jangan lupa follow yaaa..!!

0 comments: