Pertandingan Marhaban Peringkat Rembau (MAINS)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, sekian lama saya tidak mempublish blog ini. Akhirnya diberi peluang dan kesempatan untuk mempublishnya. Pada 20 Ogos 2011 bersamaan hari Sabtu, Maahad Ahmadi telah menghantar pasukan Marhaban ke SMKA Hj. Abu Hassan bin Hj. Sail/ SMKA Pedas untuk menyertai pertandingan Marhaban peringkat Rembau anjuran MAINS.

Kami terdiri daripada 10 orang ahli termasuk saya. Kami bertanding dengan 7 buah sekolah (sepatutnya 20). Kami mendapat giliran yang ke-7. Begitu sengit pertandingan itu, kerana yang terlibat semuanya pernah mendapat tempat Johan.



Alhamdulillah, kami mendapat tempat Pertama dalam pertandingan tersebut. Tempat kedua Sains Kuala Pilah dan tempat ketiga daripada Sekolah Tinggi Islam Agama As-Sofa. Kami sempat bergambar dengan ahli MAINS dengan pelbagai ragam. Sekian, Assalamualaikum.






0 comments: