Kembaq di Darul Falah, Melaka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, pada Jumaat hingga Ahad bersamaan 1 hingga 3 Julai 2011, semua pelajar Maahad Ahmadi tetapi Ana dan beberapa sahabat Ana yang terdiri daripada pelajar Senawi 1 dan 2 telah mengikuti Kembaq di Darul Falah, Melaka.



Sebelum tiba di Darul Falah, kami singgah sebentar di Restoran Ikan Bakar berdekatan dengan laut. Kemudian kami menyambung perjalanan.



Setelah beberapa ketika, akhirnya kami tiba di Darul Falah. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 3 (lelaki). Di sekolah ini tiada pelajar perempuan.



Kami ditempatkan di dua tempat iaitu rumah warden dan bilik tetamu. Program Kembaq diadakan di Dewan Makan. Pada awalnya kami sekalikan kesemua peserta. Tetapi kerana memikirkan pelajar PMR perlu belajar lebih daripada yang dipelajari daripada pelajar Tingkatan 1 & 2, maka kami asingkan mereka ke kelas.



Sekolah ini merupakan sekolah yang agak aktif dan hebat kerana walaupun hanya pelajar lelaki sahaja yang ada, tetapi masih boleh memberi kerjasama yang baik. Hanya itu sahajalah coretan Ana untuk kali ini.





Sekian sahaja, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

0 comments: