Kem Motivasi di PD Sanctuary

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberi kita nikmat kehidupan yang indah supaya kita berpeluang untuk beribadah kepada Allah S.W.T sebagai hamba yang dikasihi-Nya.

Pada 17-19 Julai bersamaan Hari Ahad hingga Hari Selasa, semua pelajar Senawi 2 (kecuali yang menyertai pertandingan debat di UIA) telah menghadiri Kem Motivasi Pelajar Cemerlang anjuran MAINS dengan kerjasama Maahad Ahmadi Negeri Sembilan (MANS) di Port Dickson Sanctuary.




Saya dan beberapa rakan yang lain terpaksa menaiki bas estate untuk ke PD Sanctuary. Sungguh ‘Seronok’ sekali. Walaupun bas yang kami naiki itu tidak seberapa selesa, tetapi ia mendahului dua buah bas yang lain. Kami bertolak selepas solat Zohor selepas dua jam setengah kami menunggu.



Tibanya di sana, kami mendaftarkan diri dan mengambil tempat duduk masing-masing bagi memulakan program. Kemudian kami mendaftarkan bilik (tempat penginapan) sebelum keluar dari dewan.



Kemudian kami berehat bagi menguruskan bilik dan makan sebelum program bersambung semula iaitu Solat Maghrib secara berjemaah. Selepas tazkirah dan Solat Isya’, aktiviti bersambung semula dengan dimulakan aktiviti Ice Breaking. Saya dan beberapa rakan yang lain terpilih untuk kumpulan yang ke-2.




Tugasan pertama kami ialah membuat logo kumpulan beserta misi, visi dan carta organisasi. Nama Kumpulan kami ialah Nale’ Padi (Usaha Tangga Kejayaan) hasil pemikiran daripada salah seorang ahli kumpulan kami yang mengetahui Bahasa India. Kami dikehendaki untuk membentangkannya pada esok harinya.




Pada esok harinya kami terlewat waktu untuk mengikuti program, kami dimarahi. Tapi program tetap diteruskan juga. Kami membentangkan tugasan yang telah diarahkan pada Hari Pertama. Kemudian kami mencipta model daripada tiga jenis bahan iaitu straw, kertas kajang dan mancis. Daripada pelbagai jenis pemikiran dalam sesebuah kumpulan, terhasillah satu ciptaan.



Kemudian kami lewat lagi untuk menghadiri program pada hari kedua. Kami dimarah lagi. Kemudian mereka meminta kami tebus kesalahan kami supaya pada keesokan harinya. Pada petangnya, program disambung iaitu Eksplorasi. Kami dikehendaki selesaikan 10 check point.



Pada malamnya, kami ditayangkan tentang kejayaan Siti Fatimah (Pelajar Cemerlang 2006) daripada Maahad Muhammadiyyah lil-Banat di Kelantan. Kami dikehendaki menghayati dan mengambil input-input tentang rahsia kejayaan beliau. Kemudian majlis ditangguhkan untuk para peserta berehat.



Pada awal pagi hari terakhir, para peserta telah bangun seawal 3.30 pagi untuk mengikuti majlis Qiammullail. Semua peserta Tingkatan 5 tidak terkecuali dalam program ini. Selepas Subuh, kami dan fasilitator mandi-manda di kolam.



Selepas sarapan, kami bersiap-siap untuk menyambung program teraikhir iaitu MOCK INTERVIEW. Kami diterangkan tentang tatacara ketika temuduga. Kemudian kami diberi peluang untuk merasa bagaimana keadaan ketika temuduga. Sambil menunggu giliran, kami berbincang tentang apa yang bakal ditanya.



Kemudian program disambung dengan majlis penutupan. Dan akhir sekali kami bergambar sebelum majlis bersurai majlis bersurai.





Sekian coretan saya kali ini. Assalamualaikum.

0 comments: