Seminar Sains dan Matematik di USIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...



Alhamdulillah, segala puji Allah yang memberi kita nikmat untuk meneruskan lagi kehidupan kita untuk menjalankan amanah yang telah ditetapkan kepada kita.



Pada 18 Jun 2011 hingga 19 Jun 2011 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu, Ana dan pelajar-pelajar sekolah agama seluruh Negeri Sembilan telah menyertai Seminar Sains dan Matematik di Dewan Kuliah 3 di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Jumlah kesemua peserta adalah seramai 200 orang.



Pada hari pertama(Jumaat), hanya sekolah-sekolah yang jauh daripada USIM sahaja yang hadir dan menetap di asrama USIM. Kami mengikuti program permainan membina negara baru daripada 5 orang yang telah disenaraikan dalam soalan. Kemudian kami mengikuti ceramah daripada wakil JAKIM.




Pada esoknya(Sabtu) pula, Ana dan peserta lain ke Dewan Kuliah 3 untuk mengikuti program seminar tersebut. Pada sesi pertama, kami dikehendaki mengenali diri kami sama ada mahir dalam otak kiri mahupun otak kanan. Kami didedahkan juga kerjaya-kerjaya yang bersesuaian dengan bahagian otak yang kami mahir.



Kemudian pada slot yang kedua, kami ditunjukkan tentang kejadian alam semula jadi oleh Allah berdasarkan Matematik dan tujuan sebenar seseorang individu belajar matematik. Tujuannya ialah untuk mengenal Tuhan(ALLAH) dan bukannya untuk mengejar kemajuan ekonomi.



Pada slot yang ketiga pula, kami diterangkan tentang bidang yang terdapat di USIM dan kelebihan yang ada padanya. Kami juga didedahkan bahawa dengan Sains dan Matematik, kami boleh mamilih beberapa bidang untuk diambil daripada ratusan jenis kerjaya.





Sampai di sini sahajalah coretan Ana, sebelum itu Ana ingin berkongsi dengan satu nasihat seorang ulamak yang masyhur: Ibnu Qayyum berkata,"Perkara yang membuatkan badan kita sakit ialah banyaknya makan, banyaknya tidur dan banyaknya bercakap" Wallahu A'lam. Assalamualaikum...

0 comments: