Majlis Penghayatan Isra' Mi'raj di MANS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan Maha Kuasa yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad S.A.W) dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.



Pada 28 Jun hingga 31 Jun bersamaan hari Selasa hingga hari Jumaat 2011, Maahad Ahmadi telah mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj peringkat sekolah. Majlis ini diadakan bagi memperingati perjalanan Nabi Muhammad daripada Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa (isra') dan daripada Masjidil-Aqsa ke Sidratul-Muntaha (Mi'raj). Allahu Akbar!!!


Pada hari pertama (Selasa), program dimulakan dengan bacaan madaih dan qasidah oleh beberapa orang pelajar termasuk Ana. Kemudian disambung dengan tayangan video (cd 1) mengenai Sirah Nabi Muhammad S.A.W.




Kemudian, di hari yang kedua pula (Rabu), progrsm dimulakan dengan Qiamul-Lail dan bacaan doa Wahdah. Kemudian, telah diadakan ceramah Isra' Mi'raj yang disampaikan oleh Ustaz Fuad Othman daripada Sekolah Agama Sains Kuala Pilah (SMASKP) dan juga Ustaz Azfarhadri bekas guru ABIM. Pada waktu malamnya diadakan pertandingan forum antara batch peringkat Maahad Ahmadi di dewan Ibnu Sina. Ini bagi melatih peserta agar petah berkata-kata mahupun berhujah dengan fasih dan lancar dan bagi mencungkil bakat para peserta. Selepas itu, diadakan tayangan sambungan Sirah Nabi Muhammad S.A.W (cd 2).





Pada hari ketiga pula (Khamis), program dimulakan dengan pembacaan Surah Yasin dan kemudian tayangan Sirah Nabi Muhammad S.A.W (cd 3).



Kemudian, pada hari terakhir pula (Jumaat) diadakan majlis penutupan Isra' Mi'raj. Penyampian hadiah, dan pengumuman tokoh Isra' Mi'raj. Kemudian semua pelajar bersurai dan bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing.

0 comments: