Kelas Tambahan Kecemerlangan SPM

Assalamuaalikum warahmatullahi wabarokatuh...



Alhamdulillah, pada hari Jumaat hingga hari Rabu bersamaan 27 Mei hingga 1 Jun 2011, Ana telah mengikuti kelas tambahan sempena program kecemerlangan bagi pelajar SPM.



Pada hari Jumaat hingga hari Ahad, kami mengikuti bengkel seperti biasa. Manakala pada hari Isnin hingga hari Rabu, Ana mengikuti bengkel bahasa Inggeris bersama rakan-rakan yang lain secara berturut-turut. Ramai penanda kertas peperiksaan dijemput hadir ke MANS untuk memberi pendedahan kepada kami cara-cara menjawab kertas bahasa Inggeris.



Program ini membuatkan kami mendapat teknik-teknik dan tips untuk menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris. Kami juga berasa begitu seronok dan mudah terhadap apa yang disampaikan dalam program ini.



Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan kami insya-Allah. Sekian sahaja coretan Ana kali ini, Wassalam....

0 comments: