Bengkel SPM Bersama MANS, ITQAN & SMASKP

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah membari segala nikmat kepada hamba-hambanya.

Alhamdulillah, pada Jumaat hingga Ahad bersamaan 1 hingga 3 April 2011, Ana dan pelajar SPM dari sekolah-sekolah bawah kerajaan negeri (MANS, ITQAN & SMASKP) telah menyertai satu program iaitu bengkel menjawab soalan SPM. Setiap satu subjek berlangsung selama 2 jam.



Para peserta diperlihatkan contoh-contoh dan cara-cara untuk menjawab soalan-soalan SPM. Jika dilihat pada caranya, ianya tidaklah susah, cuma ia memerlukan kepada pengetahuan yang ada pada pelajar itu sendiri.




Sebelum program bermula, Cikgu Mohamad Bin Aspari akan menunjukkan sedikit video berkenaan dengan pemikiran dan program Guru Muda yang berlangsung serentak dengan Bengkel SPM. Beliau turut mengajarkan teknik Trigger kepada peserta-peserta.




Makanan yang disediakan juga sungguh sedap. Ini menambahkan lagi semangat para peserta untuk terus mengikuti progam ini.



Program ini sungguh menarik kerana guru-guru yang dijemput bukanlah terdiri dari 3 buah sekolah ini tetapi guru-guru dari sekolah-sekolah lain. Ana dan rakan-rakan mendapat banyak input yang berguna untuk menghadapi SPM nanti. Semoga program ini dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajar SPM 2011, Amin....

Sekian sahaja coretan kali ini. Wassalamulaikum...

0 comments: