Kemenangan Pagi & Pentarbiahan Malam

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kita kesempatan untuk beribadah kepada-Nya.

Alhamdulillah, pada hari Sabtu bersamaan 9 April 2011, Maahad Ahmadi telah menghantar 21 orang peserta untuk menyertai 5 acara bagi mewakili daerah Tampin. Antaranya Marhaban & Berzanji, Nasyid, Syarahan Agama, Hafazan Perempuan, dan Tilawah Lelaki. Ana merupakan salah seorang peserta dalam acara Marhaban & Berzanji.

Walaupun dalam keadaan yang kelam kabut, dengan mata yang disengat serangga, dengan latihannya yang hanya diadakan sebanyak dua kali (walaupun ade yang tidak menghadiri latihan), Alhamdulillah, Maahad Ahmadi telah memenangi 4 acara daripada 5 acara yang disertai iaitu Nasyid (tempat ketiga), Marhaban & Berzanji (tempat pertama), Tilawah lelaki (tempat ketiga), dan Hafazan perempuan (tempat pertama).

Jika dikurniakan Allah kepada kami rezeki, kami berkemungkinan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan.

Pada malamnya pula, telah diadakan program forum. Tema forum pada malam ini ialah berkenaan Tarbiah, Hadharah, dan Falah. Kesemuanya ahli panelnya adalah lepasan Maahad Ahmadi iaitu Ustaz Syuhadak, Ustazah Rashidah, dan Ustaz Norazman.

Inilah satu-satunya forum yang tidak ada seorang pun pelajarnya yang tertidur. Banyak perkara-perkara serta input-input baru yang diperoleh daripada forum ini. Antaranya ialah doa kita sebagai seorang pelajar, "Alhahumma-stur 'aiba mu'allimi 'anni, wala tudzhib barkata 'ilmihi minni" dan sebuah kalam yang agak lucu tetapi munasabah dari segi maknanya iaitu "man jadda wajada, waman malasa fasaufa tak dapek".

Semoga apa yang berlaku pada hari ini akan membuatkan kita lebih bersedia di masa hadapan. Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Wallahu A'lam. Assalamualaikum.

0 comments: