Keputusan SPM 2010

Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah yang menjadikan tiap-tiap manusia itu berakal dan sebagai khalifah di dunia ini. Semoga kita dalam keadaan sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah, pada hari ini iaitu hari Rabu, bersamaan 23 Mac 2011, keputusan SPM tahun 2010 telah diumumkan di Dewan Ibnu Sina', Maahad Ahamdi, di hadapan para pelajar yang lain. Alhamdulillah, secara keseluruhannya Maahad Ahmadi adalah yang terbaik di antara ketiga-tiga buah sekolah di bawah kerajaan Negeri Sembilan. Dan kesuluruhan matapelajaran meningkat grednya.



Selain itu, misi sekolah menetapkan bahawa keputusan sekolah akan cemerlang pada tahun ini, iaitu tahun 2011.Tetapi,ianya lebih awal daripada apa yang ditetapkan dalam misi sekolah, apabila dilihat semula keputusan SPM tahun 2010. Dengan pengumuman ini telah menyebabkan peserta tahun ini tercabar dan bersemangat bagi menaikkan nama Maahad Ahmadi.



Tahun ini juga lebih ramai yang cemerlang berbanding dengan tahun lepas. Ini menunjukkan satu peningkatan yang positif bagi Maahad Ahmadi. Ana berharap, Ana dan pelajar SPM tahun ini, dapat meningkatkan lagi gred keseluruhan bagi Maahad Ahmadi hendaknya. Amin...



Sekian sahaja coretan Ana pada kali ini. Ma'as-Salamah. Assalamualaikum...

0 comments: