KEMBAQ Insya' Senawi 2




Assalamualaikum....
Alhamdulillah... segala puji bagi Allah yang memberi kita nikmat Iman dan Islam...

Alhamdulillah, pada hari Jumaat hingga hari Ahad yang lepas, bersamaan 18 hingga 20 Mac 2011, ana bersama sahabat ana telah mengikuti Kursus Intensif Insya' Thanawi yang telah dianjurkan oleh KEMBAQ yang dipimpin oleh Ustaz Zulkarnain bin Itam (Ayahanda), Ustaz Khedr, dan para fasilitator yang terlatih dalam membuat karangan bahasa Arab. Cikgu Mohammad turut membantu dari sudut lain iaitu kerohanian, dan 'Bahasa Arab & Kerjaya'...




Banyak perkara-perkara atau ilmu-ilmu yang baru telah kami perolehi daripada program tersebut. Antaranya ialah kalimah-kalimah, pendahuluan sesebuah karangan, penjodoh bilangan, dan penggunaan Qowa'id dengan tepat dalam membina sesuatu ayat.



Selain itu, kami juga berasa terhibur di samping menerima ilmu. Inilah yang unik jika kita mempelajari Bahasa al-Quran ini melalui kaedah yang disediakan oleh Kem Bahasa al-Quran (KEMBAQ).




Itu sajalah yang dapat ana catatkan pada catatan kali ini. Sekian, Ma'as-salamah,Assalamualaikum....

0 comments: